Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersebut 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGKA ROMAN

Angka Roman merupakan simbol yang

mewakili nombor. Semua angka Roman ditulis

berasaskan tujuh simbol asas, sama ada ditulis

secara berasingan ataupun digabungkan. Tujuh

simbol tersebut ialah I (1), V (5), X (10), L (50), C

(100), D (500), dan M (1000).

UMUM 
TBILISI

Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia.

Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan

Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia

mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir

tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh.

Nama Tbilisi bererti musim bunga yang panas

dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya

dikenal sebagai Tiflis , namanya dalam bahasa

Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur

Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar

Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan

seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi

meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit,

jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah

persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan

kereta api.

UMUM 
ANZUS

ANZUS adalah perjanjian pertahanan yang dibuat

secara kolektif yang dibuat oleh Australia, New

Zealand, dan Amerika Syarikat. Nama tersebut

menggabungkan huruf pertama setiap nama negara

ahli. Setiap negara tersebut mengisytiharkan

bahawa serangan bersenjata terhadap kawasan

Pasifik di mana-mana satu daripada tiga negara ini

membahayakan mereka semua. Setiap negara

berjanji untuk “bertindak menentang bahaya yang

dialami bersama selaras dengan proses

perlembagaannya.” Perjanjian tersebut

ditandatangani di San Francisco pada 1 September

1951 dan mula berkuat kuasa pada 29 April 1952.

UMUM 
YOGA

Yoga ialah istilah yang mempunyai dua erti, iaitu

(1) satu mazhab dalam agama Hindu, dan (2) satu

sistem latihan mental dan fizikal yang

dikembangkan oleh mazhab tersebut. Pengikut

mazhab yoga dikenali sebagai yogi atau yogin

UMUM 
SURUHANJAYA REIDKapsyen1">          :1">           Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955

 

SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SURUHANJAYA COBBOLDKapsyen1">          :1">           Anggota Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold (tengah)

 

SURUHANJAYA COBBOLD, suruhanjaya untuk mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia dan menggubal Perlembagaan Malaysia.  Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962.  Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan ahlinya Sir Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak; Sir Edward Watherston, bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu; Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie, kedua-duanya pegawai Tanah Melayu.  Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari 20 Februari hingga 18 April 1962 dan laporannya dikeluarkan pada bulan Jun 1962.  Lebih daripada 4000 orang telah ditemu ramah dan sebanyak 2200 memorandum diterima dalam tempoh dua bulan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERSEKUTUAN AUSTRALIA

Persekutuan Australia terbentuk dari tahun

1901, apabila keenam-enam tanah jajahan Australia

menjadi negeri-negeri Komanwel Australia.

Sebelum tahun 1889, beberapa kaedah

penggabungan tanah jajahan tersebut telah dicuba,

tetapi gagal. Pada tahun tersebut, Sir Henry Parkes,

perdana menteri New South Wales, mendesak

para penjajah tersebut supaya membentuk sebuah

kerajaan pusat. Pada tahun 1890-an, banyak

percubaan untuk membentuk sebuah persekutuan

menemui kegagalan. Para perwakilan jajahan

tersebut bersidang pada tahun 1891, 1893, 1898,

dan 1899. Pada tahun 1899, sebuah jawatankuasa

penggubal merangka Perlembagaan Persekutuan

dan penduduk Australia mengundi untuk

membentuk sebuah persekutuan. Duke of York,

kemudian bergelar Raja George V,

mengisytiharkan Komanwel Australia pada

1 Januari 1901.

UMUM 
PENAJIS

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830.  Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau.  Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut .  Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh.  Sejarah Melayu ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh  Datuk Najuh.  Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran  dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PENDETA BAHASA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut.  Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu.  Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba).  Za’ba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956.  Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman.

BAHASAKonsep
PENERBITAN FEDERAL BERHAD

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBITAN FEDERAL BERHAD, penerbit. Ia ditubuhkan semenjak tahun 1960-an di Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong.  Penerbit ini turut memainkan peranan dalam menerbitkan karya sastera Melayu yang terhasil sekitar tahun tersebut, terutama oleh cawangannya yang berpejabat di Kuala Lumpur.  Penerbitan karya sastera Melayu ini diletakkan di bawah satu siri penerbitan yang diberi nama ‘Siri Sastera Federal’.

SASTERAPenerbitan
1234

Kembali ke atas