SAMALINDANG, tarian suku kaum Brunei yang menetap di Sabah. Nama tarian ini diambil daripada dua perkataan iaitu ‘samar’ dan ‘rindang’. Perkataan ‘samar’ bermaksud kurang jelas, kabur dan tersembunyi. Manakala ‘rindang’ pula membawa maksud rindu. Dengan itu wujudlah perkataan samalindang iaitu rindu yang terpendam atau rindu secara sembunyi-sembunyi. Perkataan samalindang sebenarnya wujud daripada perkara samarlindang.
Thanks for clicking. That felt good.