Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sen.tuh] | ترسنتوه

Definisi : 1. terkena (tersinggung) sedikit, terjamah; 2. terlanggar (terhantuk, terkena, tersandung) pd: kakiku ~ batu; 3. diperkata-kan secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dlm sesuatu ucapan dll): sudah tentu ada ibu bapa yg menghadapi soal-soal yg tidak ~ lang-sung dlm buku ini; 4. ki tersinggung (perasa-an), terganggu (perasaan), terharu: dia lekas ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sentuh
Kata Terbitan : bersentuh, bersentuhan, menyentuh, tersentuh, sentuhan, kesentuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
API YUNANI

Api Yunani ialah campuran kimia yang menyala

dan membakar dengan dahsyat apabila tersentuh

air, malahan ia terbakar di dalam air. Orang Yunani

Byzantine mula-mula menggunakannya dalam

peperangan laut pada 673 M. Komposisinya adalah

satu rahsia, tetapi ia mungkin mengandungi sulfur,

resin, minyak, gegala, dan sama ada kalsium fosfida

atau kapur tohor. Ia kemudian diubah untuk

memasukkan nafta, saltpeter , dan turpentin.

Menjelang tahun 1200-an, ia mungkin menyerupai

serbuk letupan, yang tidak diketahui pada masa itu.

UMUM 
TINDAKAN PANTULAN

Tindakan pantulan ialah pergerakan automatik

atau luar kawal yang dicetuskan oleh rangsangan

deria, seperti tusukan jarum pada kulit. Jika kita

tersentuh dapur panas, kita akan tersentak sebelum

kita sedar apa yang kita buat. Tindakan sebegini,

yang tidak dirancang atau diputuskan sebelumnya,

dikenali sebagai tindakan pantulan . Setiap pantulan

membabitkan rangsangan yang menyebabkan

gerak balas luar kawal. Dalam contoh di atas, dapur

panas itu ialah ransangannya dan tersentak itu

gerak balasnya.

UMUM 
SKIMMER

Skimmer, juga dikenali sebagai scissorbill, ialah

burung yang berkaitan dengan burung camar dan

tern. Nama skimmer diberi kepada burung ini

kerana tabiatnya melayap dengan pantas di

permukaan air. Semasa melayap paruhnya terbuka

dan bahagian bawahnya berada di bawah

permukaan air, menyuap serangga, ikan kecil,

udang serangan, dan lain-lain haiwan kecil. Nama

scissorbill berasal daripada paruhnya yang nipis

bak pisau cukur yang bahagian bawahnya lebih

panjang daripada bahagian atas. Burung ini

menyengetkan badannya semasa terbang, untuk

mengelakkan sayapnya tersentuh air.

UMUM 

Kembali ke atas