Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ser.gam] | ترسرݢم

Definisi : kelihatan tinggi dan besar drpd yg lain-lain (rumah, gunung, dll): bangunan itu ~ megah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ser.gam] | ترسرݢم

Definisi : kelihatan lebih tinggi dan lebih besar drpd yg lain (bkn rumah, gunung dll): Istana itu ~ indah di atas sebuah bukit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersergam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KATEDRAL NOTRE DAME

Katedral Notre Dame ialah katedral yang

terkenal di Paris. Ia tersergam di Île de la Cité,

pulau kecil di Sungai Seine, di tengah-tengah Paris.

Katedral ini didedikasikan kepada Notre Dame,

penghargaan Perancis untuk Our Lady, Virgin

Mary. Katedral ini merupakan salah satu daripada

contoh seni bina Gothik yang paling cantik.

UMUM 
AVEBURY

Avebury, sebuah kampung di tengah-tengah

Wiltshire, terkenal sebagai tapak beberapa struktur

prasejarah paling lama di England. Kampung ini

terletak di Sungai Kennet, 11 kilometer ke barat

Marlborough. Di sana tersergam sebuah bulatan

tanah besar yang membentuk sebahagian daripada

kubu Zaman Besi. Avebury mempunyai batu-batan

dalam bentuk bulatan kira-kira 305 meter lebar.

Kebanyakan batunya kira-kira dua meter tinggi,

tetapi ada yang setinggi enam meter. Bukit Silbury

yang terletak berhampiran adalah tumulus (anak

bukit tiruan) yang terbesar di Eropah.

UMUM 
OLD BAILEY

Old Bailey ialah nama biasa bagi Mahkamah

Jenayah Pusat di London. Bangunan mahkamah

ini terletak di Jalan Old Bailey. Jalan ini dahulunya

membentuk sebahagian daripada bailey (laman

dalam) antara Ludgate dengan Newgate.

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1907. Ia

tersergam di atas tapak penjara Newgate.

Bumbung kubahnya yang dihiasi patung keadilan

memegang sebilah pedang dan dacing

merupakan salah satu tarikan yang terkenal di

bandar raya London.

UMUM 
SENI BINA ROMANESQUE

Seni bina Romanesque ialah gerakan seni

bina yang biasa terdapat di Eropah Barat dari kira-

kira pada tahun 800-an M. hingga tahun 1100-an

M. Seni bina Romanesque berkembang menjadi

beberapa gaya kedaerahan termasuk Aquitaine,

Brittany, Burgundy, Ile-de-France, Norman, dan

Provence. Bangunan Romanesque selalunya

terasing dari beberapa bandar yang dibangunkan

pada masa itu. Ciri bangunannya yang besar

tersergam, terhasil daripada tuntutan terhadap

pertahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi

lokasi demikian.

UMUM 
SURAH FUSSILAT

Surah Fussilat ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-41 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 54 ayat.

Surah ini dinamakan Fussilat (yang diperincikan)

kerana Allah S.W.T. memperincikan penerangan

melalui ayat-ayatnya. Surah ini menjelaskan bukti

kekuasaan dan keesaan Allah S.W.T. serta

membawa keterangan yang tepat bagi

menunjukkan kewujudan dan keagungan-Nya.

Surah ini juga menyatakan tentang kejadian alam

yang indah tersergam yang menggambarkan

ketinggian dan kebesaran kuasa Allah S.W.T..

Surah ini diturunkan selepas Surah Ghafir. Lihat

Surah Ghafir.

UMUM 
BIERSTADT, ALBERT

Bierstadt, Albert (1830–1902) ialah salah

seorang daripada pelukis landskap romantik

Amerika yang terkemuka. Dia mula-mula melihat

pemandangan yang indah di Barat Amerika pada

tahun 1859 semasa menyertai ekspedisi tinjauan.

Dia membuat lakaran pada ketika itu juga dan

mengambil gambar yang kemudian dilukis

menjadi panorama besar Pergunungan Barat.

Hanya sedikit berasaskan kepada lakarannya dan

foto, lukisan Bierstadt mengungkapkan landskap

yang tersergam indah, yang diperhebat dengan

penggunaan pencahayaan yang dramatik. Bierstadt

menerima 25 000 dolar Amerika untuk sebuah

lukisan, harga yang paling tinggi yang pernah

dibayar bagi lukisan di Amerika pada masa itu.

Walau bagaimanapun, reputasinya merosot di

akhir kerjayanya. Pada hari ini, terutama lukisannya

yang lebih kecil, kembali popular disebabkan

timbulnya minat baru terhadap pergerakan

romantik tahun 1800-an.

UMUM 
BOLIVIA

Bolivia ialah negara yang terletak berhampiran

dengan bahagian tengah Amerika Selatan. Ia tidak

mempunyai pantai dan justeru itu, ia berhadapan

dengan sekatan pengangkutan yang semula jadi. Di

barat Bolivia, tersergam Pergunungan Andes yang

hebat dan agung, berlitup an salji, mengelilingi

sebuah penara yang tinggi lagi kering. Sebuah

dataran tanah pamah yang luas, meliputi kawasan

utara dan timur Bolivia. Hutan hujan tropika

tumbuh subur di bahagian utara dataran itu, dan

padang rumput dan paya berselerak merentasi

sebahagian besar kawasan timur. Sebahagian

besar bukit bukau terletak di antara pergunungan

Andes dan dataran tanah pamah ini.

UMUM 

Kembali ke atas