Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLINDUNGAN DATA

Perlindungan data ialah menyelamatkan

maklumat elektronik yang tersimpan dalam

komputer. Perlindungan data termasuklah:

(1) perlindungan sah hak awam untuk melihat

maklumat yang mungkin ada dalam pangkalan

data komputer, dan (2) perlindungan daripada

kecurian, kerosakan perisian (program) dan data

yang tersimpan dalam ingatan komputer. Jenis

kedua perlindungan data dikenali juga sebagai

keselamatan data .

UMUM 
PENGAJIAN MELAYU DI UNITED KINGDOM

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI UNITED KINGDOM, pusat pengajian bahasa Melayu.  Kerajaan Inggeris, para pedagang Inggeris dan rajanya selama beberapa abad sudah mempunyai hubungan yang erat dengan dunia Melayu dan raja-rajanya.  Salah satu tanda nyata yang terkemuka daripada sifat hubungan itu ialah warkah daripada Sultan Aceh, Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I yang ditulis pada tahun 1615.  Warkah-warkah dari Semenanjung Tanah Melayu yang tersimpan di England menunjukkan bahawa hubungan antara orang Melayu dengan orang Inggeris pada abad ke-18 lebih erat lagi.

BAHASAInstitusi/Organisasi
SYAIR SULTAN ABDUL MULUK

SYAIR SULTAN ABDUL MULUK, puisi Melayu tradisional. Syair ini pernah diterbitkan oleh Roorda van Eysinga pada tahun 1847 dalam majalah Tijdschrift Nederlandsch Indie. 1">     Terdapat lima buah versi syair ini iaitu MS 450 milik Perpustakaan Negara Malaysia, Cod. Or 1740, Cod. Or 1748 dan Cod. Or 3368 milik Perpustakaan Universiti Leiden, dan  sebuah lagi tersimpan di Pusat Dokumentasi dan Kebudayaan Pulau Penyengat, Riau. Syair Sultan Abdul Muluk juga telah diterbitkan oleh Muhammad Ali bin Uthman, Melaka (1867), Haji Muhammad Tahir, Kampung Bangkahulu (1868), Haji Abdul Majid, Singapura (1874), Haji Muhammad Amin, Singapura (1894)  dan Matba’ Haji Muhammad Siraj, Singapura  (1901). Terbitan ini semuanya dalam bentuk litografi Jawi.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas