Perang Salib ialah nama sempena serangan askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 11–14 M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari segi geografi yang menyambungkan di antara timur dengan barat, dan keinginan menguasai tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga bertujuan menyekat usaha pembukaan negara- negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain. Mereka telah menyusun tentera yang datang dari Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan 1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan peningkatan kekuatan senjata. |