SEKS | Seks ialah apa yang membezakan lelaki daripada wanita. Seks juga menjadikan mereka tertarik dengan satu sama lain dan melibatkan perasaan dan keinginan yang mendalam. Melalui seks, lelaki dan wanita berminat dengan satu sama lain, jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak. Haiwan dan tumbuhan peringkat tinggi menghasilkan jenisnya sendiri, dari generasi ke generasi, melalui pembiakan seks. Walau bagaimanapun, bagi manusia, seks melibatkan lebih lagi daripada pembiakan. Ia mempunyai kesan biologi, psikologi dan sosiologi yang semula jadi dan penting terhadap kehidupan mereka. | UMUM | |
MANLY COVE | Manly Cove, di Pelabuhan Sydney, Australia, diberi nama oleh Gabenor Arthur Phillip yang tertarik dengan “keyakinan dan sifat kelelakian” Orang Asli Australia semasa dia mula-mula mendarat di situ pada bulan Januari 1788. | UMUM | |
PLANCK, MAX KARL ERNST LUDWIG | Planck, Max Karl Ernst Ludwig (1858–1947) ialah ahli fizik teori Jerman yang menumpukan perhatian kepada kajian termodinamik. Dia tertarik dengan fenomena penyerapan dan pancaran haba dan bentuk tenaga sinaran yang lain. Pada tahun 1900, dia mengasaskan teori kuantum ketika mengemukakan hukum sinaran. Teori baru ini telah membawa pembaharuan dalam bidang fizik. Pada tahun 1918, Planck dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang fizik. | UMUM | |
NATION, CARRY AMELIA MOORE | Nation, Carry Amelia Moore (1846–1911), terkenal kerana usaha kerasnya untuk memberhentikan penjualan alkohol di Amerika Syarikat dari tahun 1880-an sehingga dia meninggal dunia. Walaupun dia selalu ditangkap kerana mengganggu ketenteraman, namun ramai orang yang tertarik dengan keikhlasan dan keberaniannya. Sesetengah orang menganggapnya sebagai tidak bertolak ansur. Dia mengetengahkan perjuangan yang sederhana itu daripada peringkat pendidikan kepada tingkat tindakan, dan seterusnya membantu mewujudkan larangan penjualan alkohol peringkat kebangsaan pada tahun 1919. (Lihat Larangan ). | UMUM | |
SAPSUCKER | Sapsucker adalah satu daripada sekumpulan burung dalam famili belatuk. Ia hanya tinggal di Amerika Utara. Burung ini dinamakan sapsucker kerana sebahagian daripada dietnya ialah sap daripada pokok. Ia memperoleh sap ini dengan membuat lubang kecil yang dinamakan perigi pada kulit pokok. Ia juga memakan serangga yang tertarik kepada sap, memakan semut dan buah liar. Sapsucker yang biasa didapati di timur Amerika Syarikat ialah sapsucker perut kuning . Burung jantannya mempunyai jambul dan leher berwarna merah marak (skarlet) dan bahagian atas berwarna hitam dengan tanda-tanda putih. Pada musim sejuk sapsucker terbang ke selatan sejauh Amerika Tengah. Ia bertelur dalam lubang di pokok. Burung betina bertelur tiga hingga tujuh biji telur berwarna putih bersih. Sapsucker dada merah barat tinggal di Pantai Pasifik. Burung dewasa kedua-dua jantina mempunyai jambul, leher dan dadanya, berwarna merah. Sapsucker mempunyai tabiat yang hampir sama dengan burung belatuk tetapi kadangkala ia merosakkan pokok. | UMUM | |
TAN MALAKA | Tan Malaka (1896?–1949) ialah komunis berbangsa Indonesia. Dia memainkan peranan penting dalam perjuangan negaranya untuk memperolehi kemerdekaan dari Belanda. Tan Malaka lahir di Minangkabau, Sumatera. Nama sebenarnya ialah Sutan Ibrahim. Pada tahun 1912, ibu bapanya telah memberikan gelar Tan Malaka kepadanya. Pada tahun 1913, dia melanjutkan pelajaran ke Belanda dan dia mula tertarik kepada Komunisme. | UMUM | |
KETOPRAK | KETOPRAK, seni lakon di Jawa Tengah. Ketoprak diperkenalkan pada tahun 1920-an. Asal usul lakonan ini bermula daripada kisah seorang pegawai Pakubuwono IX di Yogyakarta yang tertarik hati pada sekumpulan wanita desa yang sedang menyanyi sambil menumbuk padi dengan menggunakan lesung. Bunyi dan irama lesung itu telah menarik perhatian pegawai tersebut. Dia, kemudiannya, menggubah irama tersebut dengan mengadunkannya dengan alat muzik tradisional yang lain. Hasil ciptaannya ini dinamakan ketoprak, iaitu berasal daripada perkataan ‘ketuk’. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MAKTAB MELAYU MATANG | MAKTAB MELAYU MATANG, maktab perguruan kedua di Perak. Maktab ini dibuka pada 11 Oktober 1913, setelah Sultan Idris Syah tertarik dengan pencapaian Maktab Melayu Melaka yang telah ditubuhkan pada tahun 1900. O.T. Dussek, pengetua maktab tersebut, telah memberi bantuan merangka struktur dan kurikulum Maktab Melayu Matang. Kekurangan guru-guru terlatih bagi sekolah-sekolah Melayu Perak tidak dapat ditampung oleh Maktab Melayu Melaka yang dapat mengambil hanya 10 orang pelatih dari Perak pada setiap tahun. Maktab Melayu Melaka juga terpaksa melatih guru pelatih dari negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MONET, CLAUDE | Monet, Claude (1840–1926), pelukis Perancis dan pemimpin terkemuka dalam gerakan impresionis. Dia mempengaruhi seni lukis dengan melukiskan tindak balas spontan peribadinya kepada lukisan pemandangan luar atau peristiwa. Pelukis awal cuba menggambarkan kajian di luar secara pantas seperti trengkas. Kajian itu digunakan sebagai “nota” untuk lukisan gambar yang lebih hebat di studio. Monet ialah pelukis yang pertama dan paling penting menggunakan kesan impresi pemandangan di luar untuk menjadikan hasil kerja yang sempurna. Dia amat tertarik dengan kesan cahaya luaran dan keadaan sekeliling. Kepekaannya tentang perkara tersebut dapat dilihat dalam Rouen Cathedral (1895), yang diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis, dan dalam La Grenouillere (1869). | UMUM | |
RAMADHAN K.H. | RAMADHAN K.H. (1927- ), penulis dan wartawan Indonesia. Dia lahir pada 16 Mac 1927 di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Ramadhan Kartahadimadja. Dia juga menggunakan nama samaran Gilang-gemilang. Ramadhan K.H. pernah belajar di Akademi Dinas Luar Negeri, tetapi tidak tamat kerana dia kurang berminat untuk menjadi seorang diplomat. Dia lebih tertarik pada dunia seni. | SASTERA | Tokoh |