| PICO DE ORIZABA | Pico de Orizaba ialah gunung yang tertinggi di Mexico dan ketiga tertinggi di Amerika Utara. Hanya Gunung McKinley di Amerika Syarikat dan Gunung Logan di Kanada yang lebih tinggi.  | UMUM |   | 
			
				| ZIRAFAH | Zirafah ialah haiwan yang tertinggi daripada  kesemua haiwan. Zirafah jantan mungkin  membesar lebih daripada 5.5 meter tingginya – 1.5  meter lebih tinggi daripada gajah Afrika, haiwan  yang kedua tertinggi.   | UMUM |   | 
			
				| SIKKIM | Sikkim ialah negeri yang terletak di timur laut India. Ia terbentang di bahagian timur Himalaya. Di sinilah terletaknya gunung yang tertinggi di India dan yang ketiga tertinggi di dunia, iaitu Gunung Kanchenjunga. Sikkim ialah negeri kedua terkecil di India.  | UMUM |   | 
			
				| TIBET | Tibet ialah kawasan di sebelah selatan Asia Tengah. Ia selalu digelar  Bumbung Dunia.  Gunung-ganangnya diseliputi salji dan penaranya yang terdedah kepada angin adalah yang tertinggi di dunia. Gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest, menjulang sepanjang kawasan pergunungan di bahagian selatan Tibet. Ka-erh, di barat Tibet dipercayai bandar tertinggi di dunia. Ia terletak lebih daripada 4570 meter di atas aras laut. Dasar lembah di Tibet lebih tinggi daripada puncak gunung di kebanyakan negara lain. Lhasa ialah ibu negara Tibet.  | UMUM |   | 
			
				| TUALANG | Pokok yang tertinggi di Malaysia | PERTANIAN | Flora dan Fauna | 
			
				| PUTERA | Putera ialah gelaran yang tertinggi golongan bangsawan. Perkataan ini berasal dari perkataan Latin  , princeps  , bermakna  pertama  . Perkataan princeps digunakan sebagai gelaran kepada pegawai awam dan tentera Rom purba. Puak Visigoth dan Lombard Jerman yang tinggal dalam Empayar Rom menggunakan perkataan  putera  bagi maksud kuasa kebebasan.  | UMUM |   | 
			
				| BEBAN PUNCAK GAS | Paras permintaan gas tertinggi bagi suatu sistem pengagihan gas. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas | 
			
				| MARSYAL | Marsyal ialah gelaran tertinggi dalam angkatan  tentera di kebanyakan negara. Gelaran marsyal  juga digunakan oleh sesetengah pegawai sistem  kehakiman di Britain dan Amerika Syarikat.  | UMUM |   | 
			
				| TENOR | Tenor ialah suara nyanyian kedua tertinggi bagi lelaki. Hanya penyanyi lelaki yang menyanyi dengan nada suara  countertenor (kontralto) sahaja yang dapat menyanyi dengan nada yang lebih tinggi. Kebanyakan penyanyi tenor mempunyai julat suara antara lebih kurang satu oktaf di bawah C tengah hingga ke B flat di atas C tengah. C tengah ialah not C yang berada paling dekat dengan bahagian tengah not nada piano. Kebanyakan penyanyi tenor opera khususnya dalam bidang drama dapat menyanyikan not yang lebih tinggi daripada julat normal yang paling atas.  | UMUM |   | 
			
				| SLIEVE DONARD | Slieve Donard ialah puncak tertinggi di Pergunungan Mourne di Down, Ireland Utara. Tingginya ialah 852 meter di atas aras laut. Pada hari yang cerah, Pergunungan Donegal di barat, Pergunungan Wicklow di selatan, dan Isle of Man di Laut Irish dapat dilihat dari puncak Slieve Donard. Nama puncak ini diambil sempena nama seorang santo pada tahun 400 M.  | UMUM |   |