Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tua] | ترتوا

Definisi : 1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun drpd Amin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tua] | ترتوا

Definisi : 1 yg paling tua: Buku inilah yg ~ dlm perpustakaan ini. 2 lebih tua: Ahmad ~ dua tahun drpd Hassan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertua


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIBERIA

Liberia ialah sebuah negara di pantai barat Afrika.

Ia merupakan negara merdeka yang kedua tertua

di dunia yang kebanyakan penduduknya terdiri

daripada warganegara kulit hitam. Negara merdeka

yang tertua ialah Haiti. Liberia ditubuhkan pada

tahun 1822 oleh hamba abdi yang telah dibebaskan

dan dihantar ke sini oleh masyarakat penjajah di

Amerika Syarikat. Hamba abdi yang dibebaskan

ini disertai oleh hamba abdi lain yang dibebaskan

daripada kapal hamba abdi yang menuju ke

Amerika Syarikat. Nama Liberia berasal daripada

perkataan Latin yang bermakna Tanah Bebas.

UMUM 
VOODOSalah satu kepercayaan tertua di dunia yang bertapak di Afrika semenjak permulaan tamadun manusia.AGAMAKepercayaan
ILIADIliad ialah puisi Yunani tertua yang masih kekal.
UMUMUmum
AEROPAGUS

Areopagus ialah majlis tertua dan paling

dihormati pada zaman Athens purba. Warganegara

ternama yang memegang jawatan sebagai archon,

salah satu jawatan tertinggi di negara kota Athens,

ialah anggota Aeropagus seumur hidup. Pada

sejarah awal Athens, Areopagus mempunyai kuasa

pentadbiran dan kuasa perlembagaan. Kira-kira

pada tahun 600 S.M., sebuah kumpulan baru,

Majlis Empat Ratus mengambil alih banyak tugas

Areopagus. Kira-kira tahun 450 S.M., kebanyakan

tugas dan keistimewaan Areopagus dipindahkan

ke mahkamah awam. Tetapi Areopagus masih

mengadili kes bunuh dan masih berkuasa untuk

mendenda rakyat yang didapati bersalah kerana

boros, biadab atau melampau. Majlis archon

dinamai sempena nama Aeropagus atau Hill of

Ares, iaitu tempat majlis itu bermesyuarat.

Lihat juga Solon .

UMUM 
SASTERA RAKYATKesusasteraan Melayu yang tertua.SASTERAKonsep
SYINTO

Syinto ialah fahaman agama tertua yang masih

diamalkan di Jepun. Perkataan Syinto bermakna

cara tuhan. Penganut Syinto menyembah banyak

tuhan, yang dikenali kami. Menurut Syinto, kami

ialah daya asas pada gunung, sungai, batu, pokok,

dan bahagian alam semula jadi yang lain. Syinto

juga menganggap kami sebagai daya asas dalam

proses seperti penciptaan sesuatu kejadian,

penyakit, tumbesaran, dan penyembuhan.

UMUM 
SYDNEY

Sydney ialah bandar yang tertua dan terbesar di

Australia. Ia adalah ibu negeri New South Wales

dan mempunyai 64 peratus daripada jumlah

penduduk negara ini. Bandar dan subbandar di

sekitarnya berkembang di pantai pasang-surut

pelabuhan Port Jackson yang indah dan

mengagumkan. Dua mercu tanda Sydney yang

paling masyhur, Harbour Bridge dan Opera House,

terletak di sebelah-menyebelah terminal feri utama

di Circular Quay.

UMUM 
UNIVERSITI AL-AZHARUniversiti Islam yang tertua dan terkenal di dunia.AGAMABandar/Negeri/Negara/Tempat
OXFORD UNIVERSITY

Oxford University ialah universiti yang tertua di

Great Britain dan salah sebuah institusi pengajian

tinggi yang paling terkenal di dunia. Oxford

University mula ditubuhkan pada tahun 1100-an. Ia

terletak di Oxford, England, kira-kira 80 kilometer

di barat laut London.

UMUM 
SENI LUKIS

Seni lukis adalah satu daripada seni yang tertua

dan terpenting. Sejak zaman prasejarah, artis telah

menyusun warna pada permukaan dengan cara

untuk menyatakan idea mereka tentang manusia,

dunia, dan agama. Lukisan yang dicipta oleh artis

bernilai tinggi bagi manusia. Ia memberikan

keseronokan dan maklumat kepada manusia.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas