POPE, ALEXANDER | Pope, Alexander (1688–1744) ialah penyair Inggeris yang terulung pada awal tahun 1700-an. Satira puisinya yang dianggap sangat indah mencemuh pelbagai bentuk kebodohan manusia. Karyanya yang lucu tetapi penuh sindiran menjadikannya penulis yang paling digeruni di England pada zamannya. | UMUM | |
NICKLAUS, JACK | Nicklaus, Jack (1940– ) ialah pemain golf Amerika, antara pemain terulung dalam sejarah sukan ini. Nicklaus pemain pertama memenangi keempat- empat gelaran golf yang utama sekurang-kurangnya dua kali. Dia memenangi Terbuka British pada tahun 1966, 1970, dan 1978. Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 1962, 1967, 1972, dan 1980; kejohanan U.S. Masters pada tahun 1963, 1965, 1966, 1972, 1975, dan 1986; kejohanan U.S. Professional Golfers’ Association (PGA) pada tahun 1963, 1971, 1973, 1975, dan 1980. Nicklaus juga memenangi kejohanan United States Amateur pada tahun 1959 dan tahun 1961 sebelum menjadi pemain profesional. | UMUM | |
SULLIVAN, LOUIS HENRI | Sullivan, Louis Henri (1856–1924), arkitek Amerika yang terulung, setaraf dengan Frank Lloyd Wright dan Henry Hobson Richardson. Pengaruh Sullivan berkembang kualiti dan keaslian reka bentuknya, serta tulisan perseptifnya tentang teori seni bina. Dia adalah Ketua Sekolah Seni Bina Chicago. | UMUM | |
KAHN, LOUIS ISADORE | Kahn, Louis Isadore (1901–1974) ialah arkitek dan guru Amerika yang terulung. Dia menjadi terkenal kerana kemahirannya menggunakan konkrit dan bata. | UMUM | |
OSLER, SIR WILLIAM | Osler, Sir William (1849–1919), doktor Kanada dan salah seorang pendidik perubatan yang terulung. Salah satu sumbangan Osler yang paling dikenali dalam dunia perubatan ialah pembentukan sebuah klinik di Johns Hopkins Hospital di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat. Klinik ini menjadi model bagi pendidikan perubatan moden di Amerika Syarikat. Osler begitu cenderung menggunakan “pesakit sebagai teks”, dan dia menyempurnakan kaedah pengajaran dengan menggalakkan penuntut melibatkan diri dalam merawat pesakit dan belajar seni rawatan amali di sisi pesakit. | UMUM | |
AUGUSTINE, SAINT | Augustine, Saint (354–430) merupakan salah seorang pemimpin awal gereja Kristian yang terulung. Hasil tulisannya mempunyai pengaruh yang kuat kepada pemikiran agama Kristian pada Zaman Pertengahan. Idea Augustine juga diambil oleh John Calvin, Martin Luther dan reformis Protestan lain dalam ucapan-ucapan mereka. Dia mempengaruhi ahli falsafah seperti Immanuel Kant dan Blaise Pascal. | UMUM | |
THUTMOSE III | Thutmose III (memerintah dari tahun 1490 S.M.– 1436 S.M.), dianggap sebagai antara firaun terulung zaman Mesir purba. Dia juga dikenal sebagai Thothmes III. Thutmose menggantikan ayahnya, Thutmose II, tetapi telah diketepikan oleh ibu tirinya, Ratu Hatshepsut. Selepas kematian Hatshepsut, Thutmose III memerintahkan supaya nama ibu tirinya dipadamkan daripada semua tugu dan patung. | UMUM | |
O'NEILL, EUGENE GLADSTONE | O’Neill, Eugene Gladstone (1888–1953), dianggap penulis skrip drama Amerika yang terulung. Dia menjadi dramatis Amerika yang pertama menulis kisah tragedi secara konsisten. O’Neill menerima Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1936. Empat daripada karya dramanya memenangi Hadiah Pulitzer– Beyond the Horizon pada tahun 1920; Anna Christie pada tahun 1922; Strange Interlude pada tahun 1928; dan Long Day’s Journey into Night pada tahun 1957. | UMUM | |
MOZART, WOLFGANG AMADEUS | Mozart, Wolfgang Amadeus (1756–1791) ialah penggubah muzik Austria, dianggap antara genius muzik yang terulung dan paling kreatif sepanjang zaman. Bersama-sama Joseph Haydn, Mozart merupakan penggubah stail klasik yang terkemuka pada akhir tahun 1700-an. Mozart meninggal dunia sebelum hari jadinya yang ke-36, tetapi dia meninggalkan lebih daripada 600 gubahan. | UMUM | |
PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA | Persatuan Badminton Malaysia (Badminton Association of Malaysia-BAM) ialah salah satu persatuan sukan yang terulung di Malaysia. Persatuan ini mula bergerak aktif sebelum Perang Dunia I. BAM ditubuhkan secara rasmi pada 11 November 1934 atas cadangan J.F. Jerlin, bapa kepada dua pemain pasukan Piala Uber Amerika yang melawat Malaya antara tahun 1929 dan tahun 1931. | UMUM | |