Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rum.bu] | ترومبو

Definisi : permatang batu atau pasir yg terdapat di bawah atau di atas permukaan laut; ~ karang terumbu yg terjadi drpd batu karang (biasanya kelihatan ketika air surut dan boleh mem­bahayakan kapal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rum.bu] | ترومبو

Definisi : batu karang di laut yg kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kpd kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terumbu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERUMBU SAWAR BESAR

Terumbu Sawar Besar ialah kelompok

terumbu karang yang terbesar di dunia. Terumbu

ini menganjur di sepanjang pantai timur laut

Australia (lihat Australia [peta rupa bumi]).

Terumbu Sawar Besar bukan sawar berterusan

tetapi terdiri daripada beribu-ribu terumbu

berasingan yang bertaburan. Terumbu tersebut

telah tersenarai dalam Senarai Khazanah Dunia

yang disusun oleh UNESCO (United Nations

Educational, Scientific and Cultural Organization –

(Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) kerana saiznya

yang unik dan tumbuh-tumbuhan dan ikannya yang

pelbagai. Hampir kesemua terumbu di perairan

Australia kini terletak dalam Taman Marin

Terumbu Sawar Besar, iaitu taman marin terbesar

di dunia. Kawasannya seluas lebih kurang 350 000

kilometer persegi.

UMUM 
TERUMBU PINGGIRPentas tidak rata di pinggir dasar laut berhampiran tanah besar atau pulau.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
TERUMBU

Terumbu l ihat Atol; Karang.

UMUM 
TERUMBU SAWARTerumbu penghalang yang terletak selari dengan pinggir pantai.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
PULAU MAGNETIC

Pulau Magnetic terletak di antara Terumbu

Sawar Besar dengan pantai Queenslands,

Australia , lebih kurang 10 kilometer ke timur laut

Townsville. Pulau ini ialah sebuah taman negara

dengan keluasan 50 kilometer persegi. Sebahagian

besar pulau itu bergunung-ganang dan dipenuhi

hutan tebal. Namun terdapat perkampungan di

pantai yang popular sebagai tempat peranginan

dan pelancongan. Sebahagian penghuni pulau ini

menjalankan perniagaan hotel dan rumah tetamu

manakala yang lainnya menanam dan menjual

nanas dan betik.

UMUM 
ATOL BIKINI

Atol Bikini ialah atol terpencil (terumbu karang

cincin) yang terletak di barat laut gugusan

Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik.

UMUM 
IKAN RAMA-RAMAIkan rama-rama ialah ikan berwarna-warni yang
tinggal di sekeliling terumbu karang di laut tropika,
subtropika, dan sederhana
UMUMUmum
TARAWA

Tarawa (pend. 24 598) ialah ibu negara Kiribati,

sebuah negara yang terdiri daripada pulau-pulau

kecil di barat daya Lautan Pasifik. Tarawa ialah atol

(terumbu yang berbentuk cincin) yang terdiri

daripada banyak pulau batu karang kecil yang

meliputi kawasan seluas 23 kilometer persegi.

UMUM 
NASH, JAMES

Nash, James (1834–1913) ialah pencari gali yang

menemui kawasan emas di Gympie, Queensland,

Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang

penemuan emas memulakan salah satu daripada

kerubut emas yang terkenal dalam sejarah

Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash

menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar

Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit

ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya

mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang

dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian

apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun

1888, kerajaan Queensland memberinya kerja

sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie.

Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh

tan metrik batu granit didirikan sempena

menghormatinya di Taman Gympie.

Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah

ke Australia pada tahun 1857.

UMUM 
ATOL

Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang

terbina di atas tebing yang tenggelam, atau

terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah

tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya

satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas

terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan.

Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol,

dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi

kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih

biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol

dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap

angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik.

Lihat juga Karang .

UMUM 
12

Kembali ke atas