KHATIJAH TERUNG | HATIJAH TERUNG (1885-1955), penulis Indonesia. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Dia lebih dikenal sebagai wanita yang mempunyai kehebatan dalam ilmu polong berbanding sebagai penulis. Nama timbangan ‘Terung’ kepada Khatijah diberi oleh suaminya, Raja Haji Abdullah kerana kulit Khatijah yang cerah laksana terung putih. Semenjak itu, perkataan terung sudah menjadi sebati dengan Khatijah, sehinggakan wanita itu dikenal sama ada Khatijah Terung atau Mak Terung. | SASTERA | Tokoh |
HIKAYAT TERUNG PIPIT | HIKAYAT TERUNG PIPIT, sastera lisan. Hikayat Melayu yang mempunyai pengaruh Jawa ini terkenal di sebelah utara Semenanjung, iaitu di Kedah dan Perlis. | SASTERA | Karya |
ULAM | ULAM, daun-daun dan buah-buahan yang dimakan mentah bersama-sama nasi dan sambal belacan. Di Indonesia, ulam disebut ‘lalap’. Daun-daun yang dimakan sebagai ulam seperti ulam raja, pegaga, daun salam, aring-aring dan kaduk. Pucuk betik, bebuas, gajus, putat dan kedondong juga boleh dijadikan ulam. Ulam jenis sayur ada yang dimakan mentah seperti timun, kubis, kacang panjang, kacang botol, cili dan buah-buahan seperti petai, jering, kerdas dan ada yang direbus seperti peria dan terung. | BUDAYA | Makanan |