WRIGHT, FRANK LLYOD | Arkitek Amerika terunggul yang dianggap sebagi ikon bukan sahaja oleh pengkritiknya, tetapi juga budaya popular. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
RICHARDS, VIV | Richards, Viv (1952– ), salah seorang pemukul yang terunggul, menguja dan pencatat larian yang tertinggi dalam sejarah permainan kriket. Dia dilantik sebagai kapten pasukan Hindia Barat pada tahun 1985. Richards ialah seorang pemukul tangan kanan yang kuat, pemboling “offbreak” yang berguna, dan seorang pemadang yang baik. Ujian terhadap kerjaya Richards bermula pada tahun 1976. Dia mencatat 291 larian daripada 386 bola dalam satu perlawanan ujian dengan England pada tahun 1976. Ining nya yang terpantas ialah 110 tidak terkeluar, dengan membuat score off hanya 56 bola, iaitu di St. John’s, Antigua, pada tahun 1986. Richards membuat shor sentri kelas pertamanya yang keseratus pada tahun 1988. | UMUM | |
KESUSASTERAAN RUSIA | Kesusasteraan Rusia meliputi beberapa buah karya agung terunggul yang pernah dihasilkan. Penulis Rusia menggunakan semua bentuk kesusasteraan, tetapi terkenal kerana novel dan puisi. Gaya penulisan, isi, dan penganalisisan watak yang tajam adalah antara sifat yang menjadikan karya Rusia antara yang terbaik. Karya Rusia yang paling dikenali memperlihatkan keprihatinan yang mendalam terhadap masalah moral, keagamaan, dan falsafah. | UMUM | |
SCHILLER, JOHANN CHRISTOPH FRIEDRICH VON | Schiller, Johann Christoph Friedrich von (1759–1805), tokoh kesusasteraan Jerman yang kedua terkemuka selepas Goethe, dan merupakan penulis drama terunggul Jerman. Schiller merupakan mahaguru konstruksi drama dan pelakonan watak. Ia menonjolkan kebebasan dan maruah manusia. Drama-dramanya memberi ilham kepada golongan liberal Jerman dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan kebebasan pada awal tahun 1800-an dan semasa Revolusi tahun 1848. | UMUM | |
MATTHEWS, SIR STANLEY | Matthews, Sir Stanley (1915–2000), pemain bola sepak British yang menjadi salah seorang pemain yang terunggul di dunia. | UMUM | |
LERNER, ALAN JAY | Lerner, Alan Jay (1918–1986), salah seorang penulis lirik teragung dalam arena muzik Amerika. Liriknya yang terbaik memaparkan kebijaksanaan dan kesenian yang jarang ditemui dalam arena muzik. Hasil gubahan Lerner yang terunggul pernah diusahakannya bersama-sama penggubah kelahiran Vienna, Frederick Loewe. | UMUM | |
SUEZ | Suez ialah bandar dan pelabuhan di Mesir. Ia terletak di pintu masuk bahagian selatan Terusan Suez dan di sepanjang Teluk Suez. Bilangan penduduknya berjumlah kira-kira 326 820 orang. Selepas pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 M. Suez muncul sebagai sebuah pelabuhan terunggul dan menjadi pusat perindustrian utama dan terbesar yang merangkumi perindustrian penapisan minyak petrol dan pemprosesan baja. | UMUM | |
RINGLING BERSAUDARA | Ringling bersaudara ialah sekumpulan lima adik-beradik yang menubuhkan sarkas paling terkenal dalam sejarah hiburan Amerika Syarikat. Mereka ialah Albert (1852–1916), Otto (1858–1911), Alfred (1861–1919), Charles (1864–1926), dan John (1866–1936). Dedikasi serta kemahiran pengurusan organisasi membantu mereka membentuk satu kumpulan kecil pembuat persembahan yang menjadi salah sebuah sarkas terunggul di dunia. | UMUM | |
EPIK MELAYU | EPIK MELAYU, cerita tentang kewiraan atau kepahlawanan tokoh utama yang istimewa bagi bangsa Melayu. Epik selaunya digubah dalam bentuk puisi naratif yang panjang dengan menitikberatkan unsur kepahlawanan tokoh utamanya yang dicampuradukkan dengan unsur mitos, legenda, dongeng, dan cerita sejarah. Epik juga biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesuatu bangsa, bahkan epik merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dengan kata lain, tumpuan penceritaan sebuah epik adalah kepahlwanan wiranya. Sifat dan perlakuan yang bercirikan kepahlwanan sangat diutamakan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran untuk membuktikan kehandalannya dan masyarakat dapat pula menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya. | SASTERA | Penerbitan |