Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.sir]/[ter.u.sir] | تراوسير

Definisi : (telah) diusir: peristiwa itu telah menyebabkan dia ~ dan terpisah drpd keluarganya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terusir


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PATIH YUSUF

PATIH YUSUF ( ?-? ), pemerintah Grisek (awal abad ke-16).  Dia juga dikenal dengan nama Pate Cucuf.  Menurut Tome Pires dalam Suma Oriental, Patih Yusuf adalah keturunan Melayu dan berasal daripada kerabat keluarga diraja Melaka, yang terusir oleh Portugis, ketika Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.  Datuk Patih Yusuf adalah saudara perempuan Sri Nara Diraja, iaitu bapa bendahara Melaka.  Sultan Mahmud Syah (m.m. 1488-1511), Sultan Melaka yang terakhir, adalah juga cucu kepada bendahara.  Dengan demikian, Patih Yusuf adalah saudara sepupu kepada Sultan Mahmud Syah.  Manakala ayahnya, Patih Adam, berasal daripada keluarga pedagang laut Melaka, yang lebih dahulu datang ke Gresik untuk menggantikan datuk Patih Yusuf sebagai pemerintah.  Setelah Patih Adam meninggal dunia, dia datang ke Gresik bersama-sama keluarganya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas