Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tesis
Rujuk :disertasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL

Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945

M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah

Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di

Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada

peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian

dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia

menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah

al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan

pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya

memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967.

Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam

bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin,

Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis

bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’

fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah

ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan

ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di

samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran

hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di

universiti yang sama.

UMUM 
PANUTI SUDJIMAN

PANUTI SUDJIMAN (1931- ), penulis dan sarjana Indonesia.  Dia Iahir pada 22 Mac 1931 di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia.  Dia berkelulusan Sekolah Dasar (SD) (1944), Sekolah Menengah Pertama (SMP) (1947), Sekolah Guru Atas (SGA) (1951), ijazah Sarjana Sastra dari Fakultas Sastra, Universitas Indonesia (1959), dan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Bahasa dan Sastera Indonesia dari Australian National University, Canberra, Australia dengan tesis yang bertajuk "Adat Raja-Raja Melayu: A Critical Edition Together with a Commentary on Court Ceremonials Described" pada tahun 1980.

SASTERATokoh

Kembali ke atas