Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tés.to.sté.ron] | تيستوستيرون

Definisi : (téstostéron) (Bio) hormon steroid lelaki, yg dihasilkan oleh testis atau dibuat secara sintetik, yg mengaruh dan memelihara ciri-ciri seks sekunder lelaki (spt pertumbuhan misai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tés.to.sté.ron] | تيستوستيرون

Definisi : /téstosteron/ ist hormon yg dihasilkan oleh testis, yg memelihara perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki, spt pertumbuhan misai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata testosteron


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TESTOSTERON

Testosteron ialah satu kumpulan hormon yang

merangsangkan perkembangan jantina lelaki.

Hormon ini dikenali sebagai androgen, dikeluarkan

terutama sekali oleh testikel, sepasang kelenjar

seks lelaki (lihat Testikel ). Ovari wanita dan

kelenjar adrenal dalam kedua-dua jantina juga

mengeluarkan sedikit hormon testosteron dan

androgen.

UMUM 
TESTIKEL

Testikel ialah sistem pembiakan lelaki berupa

kelenjar kecil berbentuk bujur. Testikal ini dikenali

juga sebagai testes (tunggal, testis ) tergantung di

belakang penis lelaki dalam karung yang dikenali

sebagai skrotum . Testis mempunyai dua fungsi

utama (1) menghasilkan sperma (2) merembeskan

hormon seks lelaki, terutama testosteron .

UMUM 

Kembali ke atas