PEMBUNUHAN AMBON | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify; tab-stops: 1.0in 81.0pt">PEMBUNUHAN AMBON, pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan antara orang Belanda dan Inggeris di ambon. Hingga tahun 1619, ibu pejabat Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) terletak di Ambon, timur Indonesia. Selepas itu VOC memindahkan ibu pejabatnya ke Betawi, tetap Belanda terus mengekalkan pangkalannya, Fort Victoria, di Ambon. Belanda mahu memastikan monopoli terhadap perdagangan rempah. Pegawai VOC di Betawi tidak mahu Syarikat Hindia timur Inggeris membina posnya di Ambon kerana bimbang kehadiran Inggeris boleh mencabar kedudukan Belanda. Walau bagaimanapun, pada tahun 1619, melalui persetujuan antara Belanda dengan Inggeris, Inggeris dibenarkan membina pos di Ambon dan berkongsi 1/3 daripada perdagangan rempah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI | S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1 Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938 sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949. Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai Seremban), dan mengambil kontrak memberi perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka cawangan perniagaan keluarganya di bandar tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali sebagai Java Street). | UMUM | |
SUNTING MALAR | Kapsyen1"> :1"> Sunting malar SUNTING MALAR, hiasan telinga yang dipakai oleh gadis istana semenjak zaman dahulu. Perkataan sunting malar itu berasal daripada kegunaan sekuntum bunga melur yang diselitkan di antara kelopak telinga dengan kepala. Oleh sebab sebutan bahasa baku di negeri Kelantan tidak tepat, maka ianya tetap dipanggil sunting malar sehingga kini. Sunting malar juga digunakan di Patani, selatan Thailand, yang kebanyakan penduduknya berketurunan Melayu dan beragama Islam. | BUDAYA | Alat/Alatan |
METABOLISME | Metabolisme ialah jumlah proses kimia yang membolehkan sel menghasilkan bahan dan tenaga yang diperlukan untuk hidup. Metabolisme mempunyai dua fasa: (1) <i>anabolismei> atau <i>metabolisme membina, i>iaitu sel menggabungkan molekul untuk membentuk bahan organik baru, dan (2) <i>katabolisme i>atau <i> metabolisme memusnah, i> iaitu sel menguraikan molekul untuk mendapatkan tenaga dan membebaskan haba. Semua organisma melakukan kedua-dua fasa ini secara tetap. Rencana ini secara khusus membincangkan metabolisme manusia, tetapi, proses yang serupa berlaku pada haiwan peringkat tinggi. | UMUM | |
FAJAR ASIA | FAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">Panji IslamI> yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944. | SASTERA | Penerbitan |
SEMANGAT ASIA | SEMANGAT ASIA, majalah bulanan yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Majalah ini diterbitkan pada bulan Januari 1943 oleh Malai Shinbun Sha, 146 Cecil Street, Syonan-to (Singapura). <I style="mso-bidi-font-style: normal">Semangat Asia I> menggunakan huruf Rumi dan mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap. Antara pengarang majalah ini ialah Ishak Haji Muhammad dan Abdullah Kamel. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Semangat AsiaI> sempat diterbitkan sebanyak 17 keluaran iaitu Jilid 1 (bil. 1 hingga 10) pada tahun 1943 dan Jilid 2 (bil. 1 hingga 4) pada tahun 1944. | SASTERA | Penerbitan |
WARTA MALAYA | WARTA MALAYA, akhbar harian bertulisan Jawi sebelum Perang Dunia Kedua. Akhbar ini mula diterbitkan pada 1 Januari 1930. Pada peringkat awal, akhbar ini diterbitkan oleh Anglo-Asiatic Press, di North Bridge Road, Singapura. Mulai 1 Januari 1934, syarikat ini menukar namanya kepada Warta Malaya Press Limited dan pemiliknya masih tetap Syed Hussein Ali al-Sagoff, seorang hartawan berketurunan Arab. Semasa pendudukan Jepun, penerbitan akhbar ini telah diambil alih oleh Jepun dan diterbitkan dalam tulisan Rumi. | SASTERA | Penerbitan |
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA | Pertandingan lompat kuda ialah pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam acara pertandingan lompat kuda, penunggang bertanding dengan menunggang kuda atau kuda padi dan melompat melepasi pelbagai halangan yang disediakan khas. Halangan yang lazim termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan lompat kuda memasukkan halangan yang tetap seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan lompatan air. Dua atau lebih halangan yang diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya dikenali sebagai <i> kombinasi. i> Halangan mempunyai <i> ketinggian i> (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau <i> kelebaran i> (sehingga lebih kurang 2.2 meter, melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang 4.25 meter). Halangan seperti <i> oxer i> (kombinasi pagar pokok dan selusur) atau palang tiga serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran. Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12 halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa mungkin mempunyai lebih halangan. | UMUM | |
SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA | SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA, skim saham amanah untuk kaum bumiputera dengan harga tetap RM1 seunit yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Skim Amanah Saham Bumiputera (Skim ASB) ditubuhkan pada tahun 1990 setelah Sekim Amanah Saham Nasional (Skim ASN) diurus niaga mulai 1 Januari 1991. Skim ASB tidak menggantikan Skim ASN, tetapi ia adalah skim tambahan dengan ciri dan struktur yang sama seperti ASN dengan pelaburan maksimum sebanyak RM100 000. Penubuhan Skim ASB membolehkan kaum bumiputera terus bergiat dalam pelaburan saham amanah dengan risiko paling minimum di samping terus melabur dalam Skim ASN. Skim ASB merupakan skim saham amanah yang terbesar di Malaysia dengan pemegang saham berjumlah 4.52 juta orang dan pelaburan berjumlah RM25 bilion pada 31 Disember 1996. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SUNGAI YANGTZE | Sungai Yangtze, juga disebut Yangtze Kiang ialah sungai yang ketiga terpanjang di dunia dan yang terpanjang serta terpenting di China. Bagi kebanyakan penduduk China, Sungai Yangtze dikenali sebagai <i>Chang Jiangi><i>, i>atau <i>sungai panjangi>. Sungai ini berpunca dari Pergunungan Tanggula di Wilayah Qinghai, kira-kira 4880 meter di atas aras laut. Sungai itu mengalir ke timur, tenggara, dan kemudian ke selatan ke provinsi Yunan. Dari sini ia mengalir ke timur laut menyeberangi provinsi Sichuan (Szechwan), kemudian mengalir mengikut haluan yang tidak tetap ke timur melalui bahagian tengah China dan memasuki Laut China Timur, 6300 kilometer dari puncanya. Sungai Yangtze dan cabang sungainya mengairi kawasan seluas kira-kira 1 829 000 kilometer persegi. | UMUM | |