Spengler, Oswald (1880–1936) ialah ahli falsafah sejarah Jerman. Dalam The Decline of the West (1918–1922), dia menyatakan bahawa kunci kepada sejarah ialah undang-undang kemasyarakatan dan ketamadunan, yang bangkit dan jatuh dalam kitaran. Menggunakan spekulasi dan rasa hati lebih daripada kaedah sejarah yang tetap, dia merumuskan bahawa tamadun Barat sedang menuju kehancuran [lihat Tamadun (Mengapa tamadun bangkit dan runtuh)]. Spengler lahir di Blankenburg. |