Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata text's


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BADUDU, J.S.

BADUDU, J.S. (1926 -     ), ahli bahasa Indonesia. Nama sebenarnya ialah Jusuf Sjarif Badudu @ Yus Badudu. Dia lahir  pada 19 Mac 1926 di  Gorontalo, Sulawesi Utara, Indonesia. J.S. Badudu mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar (tamat 1939) dan memperoleh ijazah Doktor Falsafah di Universitas Indonesia (1975). Pada tahun 1983, dia dilantik menjadi Profesor Linguistik dan menjadi Ketua Sastera di Fakultas Pascasarjana Universitas Padjadjaran Bandung di samping menjadi pensyarah di Fakultas Pascasarjana, Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan Bandung dalam Struktur Bahasa Indonesia.

BAHASAKonsep
SABDA S

SABDA S (1949 -       ), penulis.  Dia lahir pada 21 Mac 1949 di Sungai Bunyi, Pontian, Johor.  Nama sebenarnya ialah Sujaidi bin Dasuki.  Sabda S juga menggunakan nama pena Muhammad Hafiz Rahmatullah dan hadi Junaidi.  Sabda S menerima pendidikan di Kolej Islam Kelang dan Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya.  Dia pernah menjadi wartawan (penyunting) dan utusan Melayu (Malaysia) Berhad, pegawai akhbar di Kementerian Pertanian Malaysia dan pegawai penerbit di Pusat Daya Pengeluaran Negara, Kuala Lumpur.

SASTERATokoh
MASURI S.N.

MASURI S.N. (1927-         ), penyair Singapura.  Dilahirkan 11 Jun 1927 di Geylang Serai, Singapura.  Huruf S dan N selepas nama Masuri itu ialah singkatan bagi Salikun dan Nawi.  Salikun ialah nama ayahnya dan Nawi pula ialah gelaran ayahnya.  Dia juga menggunakan nama pena Martina.

SASTERATokoh
MUHAMMAD BUKHARI LUBIS

MUHAMMAD BUKHARI LUBIS (1953-     ), penulis dan sarjana kesusasteraan bandingan sufi Inggeris-Arab-Parsi-Turki. Dia lahir pada 16 Ogos 1953 di Makkah. Dalam penulisan, dia menggunakan nama pena H.M. Bukhari Lubis, Rizi S.S. dan A.S. Bagindo. Muhammad Bukhari Lubis mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Temoh, Perak, kemudian menyambung pelajaran di Madrasah Tarbiyah Islamiyah, Sekolah Izzuddin Shah dan Kolej Islam Kelang sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dia memperoleh Sarjana Muda Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan dari UKM pada tahun 1977, ijazah Sarjana Perbandingan Sastera Arab-Parsi dari University of Chicago pada tahun 1980 dan ijazah Doktor Falsafah  dalam bidang Perbandingan Sastera Sufi Arab-Parsi-Turki dari University of California, Berkeley pada tahun 1989. Dia bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, UKM sejak tahun 1977.

SASTERATokoh
S.M. ARDAN

S.M. ARDAN (1932 -      ), penulis dan penggiat drama Indonesia.  Dia lahir pada 2 Februari 1932 di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Sahmardan.  S.M. Ardan mendapat pendidikan Sekolah Rakyat pada tahun 1948, Sekolah Menengah Pertama (SMP) pada tahun 1951 dan Sekolah Menengah Atas (SMA) pada tahun 1954, di Taman Siswa Jakarta.

SASTERATokoh
S. OTHMAN KELANTAN

S. OTHMAN KELANTAN (1938 -      ), penulis, pengkaji dan aktivis sastera.  Dia lahir pada 31 Disember 1938 di Tebing tinggi, Kemumin, Kota Baharu, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Syed Othman bin Syed Omar.  S. Othman turut menggunakan nama pena Alyahya dan Ibnu Omar.

SASTERATokoh
S.E.A. WRITE AWARD

S.E.A. WRITE AWARD, anugerah yang diberikan kepada penulis di negara-negara Asia Tenggara sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang sastera S.E.A. Write Award (Southeast Asia Write Award) atau Anugerah Penulisan Asia Tenggara dimulakan pada tahun 1979.  Anugerah ini dianjurkan oleh The Oriental Hotel, sebuah hotel di Bangkok bersama-sama dengan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Thai, Kumpulan Ital Thai, Bangkok Bank Ltd. Dan Riche Monde (Thailand) Ltd.

SASTERAAnugerah/Hadiah
M.S. HUTAGALUNG

M.S. HUTAGALUNG (1937 -      ), penulis dan pengkritik sastera Indonesia. Dia lahir pada 8 Disember 1937 di Tarutung, Sumatera Utara, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Mangasa Sataradengo Hutagalung. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Atas (SMA) di Medan (1957), Fakultas Sastra, Universitas Indonesia (1964) dan Fakulti Sastera, Universiti Leiden (1971-1973) untuk pengajian lanjutan (ijazah sarjana).

SASTERATokoh
BOEN S. OEMARJATI

BOEN S. OEMARJATI  (1940-      ), pengkaji kesusasteraan Indonesia.  Dia lahir pada 11 Disember 1940 di Jakarta, Indonesia. Dia dibesarkan di tengah-tengah keluarga intelektual yang sangat terhormat di Indonesia.  Ayahnya, Slamet Imam Santoso, bekas guru besar di Universitas Indonesia, juga terkenal sebagai budayawan dan pemikir pendidikan.  Boen tamat pendidikan dasar, menengah, dan tinggi di Jakarta.  Meskipun di Sekolah Menengah Atas (SMA) dia memilih bidang sains, pada peringkat perguruan tinggi dia memperdalam ilmunya dalam bidang sastera Indonesia.

SASTERATokoh
S. WOJOWASITO

S. WOJOWASITO (1919 – 1983), ahli bahasa dan ahli falsafah Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Soewojo Wojowasito.  Dia lahir pada 5 Januari 1919 di solo, Jawa Tengah, Indonesia.  Dia menamatkan pelajarannya di AMS Afdeling AI (Algemene Middelbare School, Afdeling Maleise/Javaanese Taal-en Letterkunde) pada tahun 1939.  Dari tahun 1939 hingga tahun 1942, dia menjadi penolong kepada Profesor Dr. C.C. Berg untuk mengumpulkan data tentang bahasa-bahasa di Jawa (Merak hingga Banyuwangi).  Pada tahun 1950, dia meneruskan pengajiannya di Fakultas Sastra dan Filsafat, Universitas Indonesia, dan lulus sebagai Sarjana Sastra dan Filsafat pada tahun 1954.  Dia juga lulus Sarjana Sastra Jawa dan Indonesia dari universiti yang sama pada tahun 1956.

BAHASATokoh
1234567

Kembali ke atas