BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SONGKHLA | BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SONGKHLA, dapat dilihat pada prasasti bahasa Thai (dialek Thai Selatan) yang bertulisan Thai, prasasti bahasa Cina dan prasasti bahasa Melayu (bahasa persuratan) yang bertulisan Jawi. | BAHASA | Konsep |
PEMINJAMAN BAHASA THAI | PEMINJAMAN BAHASA THAI, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Walaupun sebahagian negeri di pesisir timur Tanah Melayu seperti Kelantan dan Terengganu berada di bawah naungan Siam (Thailand) pada awal abad ke-18, tetapi pengaruh bahasa Thai terlalu sedikit. | BAHASA | Konsep |
THAILAND | Thailand ialah negara tropika di Asia Tenggara. Penduduk Thailand dikenali sebagai orang Thai dan kebanyakannya petani dan tinggal di kampung yang kecil. Walaupun begitu, ekonomi Thailand merupakan salah satu paling membangun di dunia, dan pusat bandarnya berkembang pesat. Hampir enam juta penduduk tinggal di Bangkok, ibu negara dan bandar raya terbesar Thailand. Thailand adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa Barat. Sejarah penduduk Thai bermula dari tahun 1238 apabila Kerajaan Sukhotai diasaskan di tempat yang kini dikenali sebagai Thailand. Sepanjang sejarahnya, negara ini dikenali sebagai Siam. Pada tahun 1939, negara ini dengan rasminya menggunakan nama Thailand. | UMUM | |
S.E.A. WRITE AWARD | S.E.A. WRITE AWARD, anugerah yang diberikan kepada penulis di negara-negara Asia Tenggara sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang sastera S.E.A. Write Award (Southeast Asia Write Award) atau Anugerah Penulisan Asia Tenggara dimulakan pada tahun 1979. Anugerah ini dianjurkan oleh The Oriental Hotel, sebuah hotel di Bangkok bersama-sama dengan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Thai, Kumpulan Ital Thai, Bangkok Bank Ltd. Dan Riche Monde (Thailand) Ltd. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
GERAKAN PEMBEBASAN PATANI | GERAKAN PEMBEBASAN PATANI, gerakan kaum Melayu Islam Patani berteraskan ikatan etnik dan agama menentang kerajaan Bangkok. Pada awal abad ke-20, tujuh wilayah Melayu bekas Kesultanan Patani ditakluk oleh Negara Thai melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Sejak penaklukan itu, berbagai-bagai dasar integrasi nasional telah dilaksanakan oleh kerajaan Thai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TANAH SUNDA | TANAH SUNDA, rantau yang terdiri daripada Pelantar Sunda dengan kawasan darat berhampiran, iaitu Semenanjung Thai-Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan pulau-pulau pelantar. Rantau ini meliputi luas lebih 2 juta km persegi. Takrifan ini bersifat geologi dan didasarkan kepada sejarah perkembangan geologinya yang sejajar. Bagi pengkaji ilmu bukan geologi, Tanah Sunda adalah lebih luas lagi (dalam lingkungan 3 juta km luas) dan juga meliputi kawasan laut yang berkedalaman kurang daripada 200 m bersama pulau-pulau besar Asia Tenggara serta Semenanjung Thai-Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
GERAKAN KEBANGSAAN PATANI | GERAKAN KEBANGSAAN PATANI, gerakan menentang penaklukan dan proses integrasi terhadap komuniti Melayu Islam di Wilayah Patani, Narathiwat, Yala dan Satun, selatan Negara Thai. Kemunculannya berpunca daripada gabungan Kesultanan Patani (yang telah wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat sejak pertengahan abad ke-15) ke dalam Negara Thai. Gabungan tersebut ditentang oleh pemerintah dan rakyat Patani, tetapi disokong dan diberi pengesahan oleh Britain melalui Perjanjian Bangkok (1909). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BAHASA MELAYU DI THAILAND TENGAH | BAHASA MELAYU DI THAILAND TENGAH, bahasa yang digunakan oleh pelbagai masyarakat keturunan Melayu yang terdapat di bahagian tengah negara Thai. Jumlah penduduknya mencapai angka beberapa ratus ribu orang. | BAHASA | Konsep |
CANGGUNG | CANGGUNG, sejenis tarian yang popular di Perlis. ‘Canggung’ dalam bahasa Thai bermakna menari. Tarian canggung berasal daripada salah sebuah tarian dalam siri tarian makyung laut di Thailand. Tarian ini mula diperkenalkan di Perlis antara tahun 1939 hingga tahun 1940, dan dipopularkan ketika awal pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MELAYU DI THAILAND TENGAH | MELAYU DI THAILAND TENGAH, kelompok minoriti keturunan Melayu yang mendiami kawasan tengah negara Thailand, iaitu di Ayuthia, Bangkok-Thonburi dan juga sekitarnya. Mereka adalah warganegara Thailand dan dikenal sebagai salah satu golongan Muslim Thai. Kebanyakan mereka khususnya generasi muda tidak boleh lagi bertutur bahasa Melayu. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |