Tian Shan, juga dieja Tien Shan,ialah banjaran gunung di Asia Tengah. Ia memanjang sejauh 2400 kilometer ke timur laut dari Pergunungan Pamir (lihat Pamir ). Ia merentang ke barat laut China. Tian Shan bermaksud Gunung Indah. Ia merupakan sistem pergunungan yang tertinggi di utara Tibet. Puncak Pobeda, setinggi 7439 meter di atas aras laut, ialah puncaknya yang tertinggi. Banyak sungai mengalir ke utara dari Tian Shan ke Kyrgyzstan dan Kazakhstan, dan ke selatan memasuki China. Sistem pergunungan ini mempunyai beberapa glasier yang terbesar di dunia. Jalan-jalan yang melalui genting merentas banjaran Tian Shan. Untuk lokasi, lihat Asia (peta rupa bumi). |