Tiang batu Rollright ialah sekumpulan kira-kira 60 batang tiang batu yang membentuk satu bulatan yang garis pusatnya lebih kurang 30 meter. Ia terletak di atas sebuah bukit di atas perkampungan Long Compton, di Oxfordshire, England. Ia juga dikenali sebagai King’s Men . Tiang yang terbesar dalam bulatan ini melebihi 2 meter tinggi. Tiang batu Rollright ini telah dibina pada awal Zaman Gangsa. Berhampiran dengannya terdapat peninggalan sebuah kamar perkuburan yang dibina pada zaman yang sama, yang dikenali sebagai Whispering Knights . |