Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERWAKILAN BERKADAR

Perwakilan berkadar ialah satu sistem

memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini

dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan

perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya

daripada jumlah keseluruhan undi dalam

pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang

kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih.

Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas:

(1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan

dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama;

(2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk

memberikan setiap parti politik bahagian undi

yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih

daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur-

unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan

Sistem Hare .

UMUM 
PURATA DOW JONES

Purata Dow Jones merupakan statistik yang

menunjukkan aliran harga saham dan bon di

Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham

pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham

New York . Dow Jones & Company, sebuah firma

penerbitan kewangan, mengira purata taksiran

setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap-

tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata

harga saham biasa daripada 30 firma industri,

(2) purata saham biasa daripada 20 syarikat

pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15

syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang

membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi.

Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini.

UMUM 
OLENKA

OLENKA, novel karya Budi Darma. Novel ini diterbitkan pada tahun 1983. Olenka mengandungi 232 halaman dan mempunyai empat bab utama, dan setiap bab mempunyai sejumlah subjudul. Novel ini berlatarbelakangkan Amerika Syarikat dengan semua tokoh terdiri daripada orang Amerika. Tiap subjudul diberi catatan kaki yang diperlukan.1">     

SASTERAKarya

Kembali ke atas