Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERAPIS

Serapis ialah dewa yang tiba-tiba menjadi

popular di Mesir pada tahun 300-an S.M.

Pemerintah Ptolemaic di Mesir bermula dengan

Ptolemy I pada tahun 323 S.M., telah membina

sebuah kuil yang sangat indah untuk Serapis dan

menggalakkan penyebaran fahamannya di seluruh

dunia Mediterranean.

Serapis menggabungkan watak Mesir dan

Yunani. Di Alexandria, dia digambarkan sebagai

dewa yang menduduki takhta yang merupakan

lambang diraja seperti Zeus, raja segala dewa

Yunani. Serapis ialah dewa alam ghaib, dikaitkan

dengan Isis, dewi Mesir yang popular. Selain itu,

Serapis bertindak sebagai pemilik Sungai Nil yang

memberikan kesuburan. Dia melindungi golongan

yang bekerja di laut, memberikan ilham tentang

ramalan, menyembuhkan pesakit, dan memerintah

seluruh alam semesta seperti Zeus.

Serapis memiliki banyak watak Mesirnya

daripada fahaman Osiris-Apis di Memphis. Nama

Serapis mungkin merupakan gabungan antara

Osiris dengan Apis. Osiris, suami Isis, ialah dewa

kesuburan dan dewa alam ghaib. Apis pula

merupakan bentuk duniawi Osiris dalam lambang

lembu jantan.

UMUM 
TEBINGBentuk muka bumi yang menjunam ke bawah secara tiba-tiba.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
STERN, LAURENCE

Stern, Laurence (1713–1768) ialah paderi British

yang tiba-tiba menjadi terkenal sebagai penulis

novel The Life and Opinions of Tristram Shandy,

Gentleman (1760–1767).

UMUM 
SPORT

Sport, dalam bidang genetik, ialah istilah yang

merujuk kepada kemunculan tiba-tiba jenis

keturunan baru tertentu pada tumbuh-tumbuhan

dan haiwan. Sport ini disebabkan oleh terjadinya

perubahan dalam sel yang dikenali sebagai

mutasi (lihat Mutasi). Jenis baru sering digunakan

sebagai induk untuk menghasilkan jenis baka

yang baru.

UMUM 
ATAVISME

Atavisme, yang juga disebut pengembalian , ialah

kemunculan semula secara tiba-tiba sesuatu ciri pada

haiwan atau tumbuhan. Sebelum ini, ciri itu hanya

pernah terdapat pada nenek moyang kuno haiwan

atau tumbuhan itu. Ciri itu muncul semula disebabkan

gen (unit kewarisan) diasing-asingkan semula menjadi

gabungan yang tidak wujud pada nenek moyang baru

(lihat Gen ). Misalnya, beberapa jenis tikus putih dan

tikus hitam mungkin membiak betul-betul menurut

warna sebenarnya selama beberapa generasi.

Tetapi, jika tikus itu dikacukkan, warna anaknya

mungkin kembali kepada warna nenek moyangnya

dan kelihatan berlainan daripada ibu bapanya.

UMUM 
KATAPLEKSI

Katapleksi ialah satu keadaan yang melibatkan

kehilangan sementara keadaan normal otot secara

tiba-tiba. Ia selalunya disebabkan oleh keadaan

emosi yang keterlaluan terutamanya ketawa,

marah, dan keterujaan. Serangan katapleksi ini

berbeza kadar dan lamanya. Serangan yang

sederhana boleh menyebabkan lemah pada lutut,

atau rahang ternganga, atau kepala terlentok.

UMUM 
AYERS ROCK

Ayers Rock ialah singkapan batuan yang amat

besar di wilayah utara Australia. Ia muncul secara

tiba-tiba dari kawasan tanah rata berpasir setinggi

335 meter. Ia terletak lebih kurang 450 kilometer di

tenggara Alice Springs, 867 meter di atas aras laut.

Panjang batu ini melebihi 2.4 kilometer dan

lebarnya pula melebihi 1.6 kilometer. Ukuran

keliling batu ini di tapaknya ialah lapan kilometer.

UMUM 
ASMA

Asma ialah penyakit yang melibatkan kesesakan

nafas. Kesukaran bernafas ini boleh menyerang

penghidap asma dengan serangan tiba-tiba dan

mendadak yang berlaku secara berkala. Gejalanya

termasuklah bunyi berdehit dari dada semasa

menarik nafas malah lebih kuat lagi bunyi berdehit

semasa menghembuskan nafas. Pesakit mungkin

tercungap-cungap dan berasa seolah-olah dia

kelemasan.

UMUM 
ADRENALIN

Adrenalin ialah hormon yang dirembes oleh

kelenjar adrenal. Ia juga dikenali sebagai epinefrina.

Adrenalin membantu badan menyesuaikan diri

dengan tekanan yang tiba-tiba. Apabila seseorang

menjadi marah atau takut, kelenjar adrenal

melepaskan adrenalin ke dalam darah. Hormon ini

menyebabkan perubahan dalam badan untuk

menjadikannya lebih cekap untuk “berlawan atau lari”.

Contohnya, adrenalin meningkatkan kekuatan dan

kadar denyutan jantung dan menaikkan tekanan

darah. Ia juga mencepatkan penukaran glikogen

kepada glukos yang memberikan tenaga kepada otot.

UMUM 
KONKUSI

Konkusi ialah sejenis gangguan sementara

terhadap fungsi otak akibat hentaman di kepala

yang berlaku secara tiba-tiba. Biasanya, konkusi

menyebabkan keadaan tidak sedarkan diri yang

sementara, diikuti oleh hilang ingatan terhadap

peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas

kecederaan itu.

UMUM 
123456

Kembali ke atas