| LHASA | Lhasa (pend. 105 866) ialah bandar suci dan ibu negara Tibet. Orang Tibet menganggap kuil di bandar itu suci. Dalai Lama, seorang pemimpin agama dan pemerintah Tibet yang dibuang negeri, tinggal di Lhasa sehingga tahun 1959. Pada tahun itu, dia tinggal dalam buangan di India bersama- sama pengikutnya selepas pemberontakan di Tibet menentang golongan Komunis China menemui kegagalan. Sehingga tahun 1904, orang Eropah tidak dibenarkan masuk ke Lhasa, dan kadangkala Lhasa dikenali sebagai Kota Larangan. | UMUM | |
| TIBET | Tibet ialah kawasan di sebelah selatan Asia Tengah. Ia selalu digelar Bumbung Dunia. Gunung-ganangnya diseliputi salji dan penaranya yang terdedah kepada angin adalah yang tertinggi di dunia. Gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest, menjulang sepanjang kawasan pergunungan di bahagian selatan Tibet. Ka-erh, di barat Tibet dipercayai bandar tertinggi di dunia. Ia terletak lebih daripada 4570 meter di atas aras laut. Dasar lembah di Tibet lebih tinggi daripada puncak gunung di kebanyakan negara lain. Lhasa ialah ibu negara Tibet. | UMUM | |
| SUNGAI BRAHMAPUTRA | Sungai Brahmaputra ialah salah sebatang jalan air yang penting di Asia Selatan. Ia berpunca dari utara cerun Himalaya di Tibet. Setelah mengalir kira-kira 2700 kilometer melalui timur laut India dan Bangladesh, ia bertemu Sungai Ganges (Ganga) tempat ia berkongsi Delta Ganges. Bahagian utara sungai mempunyai banyak nama. Di Tibet, ia kadangkala dipanggil Yarlung Zangbo. | UMUM | |
| DALAI LAMA | Dalai Lama ialah pemimpin kerohanian orang Tibet. Dia menjadi ketua golongan Yellow Hat, golongan berfahaman Lama, iaitu satu cabang fahaman Buddha. | UMUM | |
| SUNGAI SALWEEN | Sungai Salween, juga dikenali sebagai Salwin, ialah sungai yang terpenting di Burma. Sungai ini berpunca dari timur Tibet dan mengalir melalui bahagian timur Burma ke Teluk Benggala lalu masuk ke lautan berdekatan dengan Moulmein. Panjang sungai ini ialah 2414 kilometer dan ia menyaliri bahagian timur Burma serta bahagian barat Thailand. Sebagai jalan air komersial, nilainya tidaklah besar sebab sebahagian besar sungai ini mengalir melalui sebuah jurang. Di bahagian hilir sungai ini amat penting untuk pengairan tanaman. | UMUM | |
| SUNGAI SUTLEJ | Sungai Sutlej ialah cabang Sungai Indus yang terpanjang, sungai utama di Pakistan. Sungai Sutlej bermula di kawasan Penara Tibet, di barat daya China dengan ketinggian hampir lima kilometer di atas aras laut. Sungai ini mengalir berlengkok-lengkok melalui Pergunungan Himalaya, dan merentasi bahagian barat laut India, dan terus mengalir ke arah barat daya, melalui Punjab, Pakistan, hingga bertemu Sungai Indus di bahagian timur, tengah Pakistan. Panjang Sungai Sutlej ialah 1370 kilometer. Sungai ini ialah sumber air utama bagi dataran Punjab yang kering. Salah satu empangan yang tertinggi di dunia, Empangan Bhakra, terletak 226 meter di atas aras sungai berhampiran Bhakra, India. Untuk lokasi sungai, lihat Pakistan (peta muka bumi). | UMUM | |
| SUNGAI INDUS | Sungai Indus ialah sungai yang terpanjang di Pakistan. Dalam puisi purba sejarah India, sungai ini dikenali sebagai “Raja Sungai”. Sungai ini menjadi sumber kepada salah satu sistem saliran yang terbesar di dunia. Sungai Indus berpunca di Tibet di utara Pergunungan Himalaya pada ketinggian 5180 meter, mengalir ke barat dan ke barat daya sepanjang kira-kira 2897 kilometer dan mengalir masuk ke Laut Arab melalui beberapa muara. | UMUM | |
| PERGUNUNGAN ANDES | Pergunungan Andes ialah rangkaian gunung di atas aras laut yang terpanjang di dunia. Pergunungan ini menganjur di sepanjang seluruh pantai barat Amerika Selatan dari Tanjung Horn ke Panama dan Venezuela bagi jarak sejauh 7200 kilometer. Hanya pergunungan Himalaya di utara India dan Tibet yang lebih tinggi daripada Pergunungan Andes. Banyak puncak Andes mencecah ketinggian melebihi 6100 meter. Ukuran keratan rentas bahagian Andes yang paling lebar adalah kira-kira 650 kilometer. Dalam bahasa Sepanyol, Andes dikenali sebagai Cordillera de los Andes , Rangkaian Pergunungan Andes. | UMUM | |
| BHUTAN | Bhutan ialah sebuah negara kecil dan merdeka yang membangun di tengah Asia Selatan. Negara ini terletak di timur Himalaya di antara India dan Tibet. | UMUM | |
| TIAN SHAN | Tian Shan, juga dieja Tien Shan,ialah banjaran gunung di Asia Tengah. Ia memanjang sejauh 2400 kilometer ke timur laut dari Pergunungan Pamir (lihat Pamir ). Ia merentang ke barat laut China. Tian Shan bermaksud Gunung Indah. Ia merupakan sistem pergunungan yang tertinggi di utara Tibet. Puncak Pobeda, setinggi 7439 meter di atas aras laut, ialah puncaknya yang tertinggi. Banyak sungai mengalir ke utara dari Tian Shan ke Kyrgyzstan dan Kazakhstan, dan ke selatan memasuki China. Sistem pergunungan ini mempunyai beberapa glasier yang terbesar di dunia. Jalan-jalan yang melalui genting merentas banjaran Tian Shan. Untuk lokasi, lihat Asia (peta rupa bumi). | UMUM | |