Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUTUR

Sutur merupakan garisan yang terbentuk dalam

pencantuman tulang yang tidak bergerak seperti di

tengkorak. Ia juga penutupan menerusi jahitan, ke

atas hirisan luka dalam pembedahan. Bahan yang

digunakan untuk menjahit luka juga dikenali sebagai

sutur. Bahan sutur ini dibuat daripada catgut, sutera

halus, linen, dawai dan nilon. Lihat juga Ligatur.

UMUM 
ENZIM TERSEKAT GERAKEnzim yang ditempatkan di atas permukaan atau dalam matriks yang tidak bergerak untuk membolehkannya digunakan berulang kali dalam proses selanjarKEJURUTERAANKonsep
KARILON

Karilon ialah seperanggu 23 buah atau lebih

loceng tidak bergerak yang disusun untuk

memainkan muzik. Loceng ini berbeza-beza

saiznya, iaitu berdiameter antara sembilan

sentimeter dan berat 3.2 kilogram hingga

berdiameter 31 meter dan berat 18 tan metrik.

UMUM 
SPAN

Span ialah haiwan yang hidup di dasar lautan dan

lain-lain kumpulan air. Span tidak mempunyai

kepala, lengan, atau organ dalaman. Ia hidup

melekap pada batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan

lain-lain objek di bawah permukaan air. Span

dewasa tidak bergerak dari satu tempat ke tempat

lain, dan banyak span kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan.

Oleh sebab ini manusia dahulunya

menganggap span sebagai tumbuh-tumbuhan.

Tetapi kini, ahli sains mengelaskan span sejenis

haiwan. Seperti kebanyakan haiwan, span memakan

makanan. Span tidak dapat membuat makanannya

sendiri, sebagaimana tumbuh-tumbuhan.

UMUM 
MOTMOT

Motmot ialah nama famili burung yang

berkaitan dengan burung pekaka. Motmot hidup

di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada

kebanyakan motmot, bulu di pelepah ekornya

mudah tanggal dan hujung ekornya kelihatan

seperti dua raket tenis. Burung ini

menggoyangkan ekornya ke kiri dan ke kanan

apabila ia bertenggek, mungkin kerana pemangsa

mungkin menerkam ekor yang bergerak, bukan

burung yang tidak bergerak.

UMUM 
ATOMISME

Atomisme ialah pandangan falsafah yang

berkembang di Greece pada tahun 400-an S.M.

Atomis percaya bahawa unsur asas realiti ialah

atom – zarah jirim yang tidak boleh dibahagikan,

tidak boleh dimusnahkan, yang bergerak dalam

ruang. Mereka menyangka bahawa atom

mempunyai pergerakan asal, tetapi juga

berlanggar dan melantun. Akibat pergerakan ini,

dunia terbentuk, wujud untuk beberapa lama,

dan kemudiannya lenyap. Dunia ini dan objek

fizikal yang wujud di atasnya berbeza hanya dari

segi saiz, bentuk, dan kedudukan atomnya.

UMUM 
ARNAB

Arnab ialah haiwan kecil yang berbulu lembut,

bertelinga panjang dan mempunyai ekor pendek

yang gebu. Arnab tidak berjalan atau berlari

seperti haiwan berkaki empat yang lain. Arnab

bergerak dengan meloncat-loncat menggunakan

kaki belakang yang panjang dan lebih kuat

daripada kaki hadapan. Arnab juga menggunakan

kaki hadapan apabila bergerak. Haiwan ini

mengimbangi diri pada kaki hadapannya seperti

manusia mengimbangkan tangan apabila bermain

lompat katak. Apabila dikejar musuh, arnab boleh

meloncat sehingga 30 kilometer sejam. Ramai

kanak-kanak memelihara arnab sebagai haiwan

kesayangan dan banyak kedai menjual arnab jinak

yang dipelihara untuk dijadikan haiwan

kesayangan.

UMUM 
TACHYON

Tachyon ialah zarah asas hipotetikal. Zarah asas

ialah zarah subatom, yang tidak mempunyai

bahagian kecil yang diketahui. Sekiranya tachyon

wujud secara semula jadi, ia tidak pernah diam

tetapi sentiasa bergerak pada kelajuan yang lebih

tinggi daripada kelajuan cahaya.

UMUM 
ANGIN

Angin ialah udara yang bergerak merentas

permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan

begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa

tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu

kuat dan kencang sehingga merobohkan

bangunan dan menumbangkan pokok besar.

UMUM 
NEUTRINO

Neutrino adalah mana-mana satu daripada

beberapa jenis zarah subatom yang tidak

mempunyai cas elektrik atau jisim yang boleh

diukur. Neutrino bergerak pada atau hampir

dengan kelajuan cahaya. Ia dihasilkan apabila

nukleus atom atau zarah subatom yang tidak stabil

berkecai. Neutrino tergolong dalam famili zarah

lepton , yang termasuk elektron dan dua jenis zarah

yang lebih berat, yang dikenali sebagai muon dan

tau (lihat Lepton ).

UMUM 
123

Kembali ke atas