CANDI KALASAN | CANDI KALASAN, bangunan agama Buddha. Candi ini terletak sekitar 14 km di sebelah timur Yogyakarta, Indonesia. Candi ini berupa sebuah bangunan tinggi yang diperbuat daripada batu, yang atap dan sebahagian biliknya telah rosak. Pemugaran yang dilakukan dari tahun 1927 hingga tahun 1929 tidak berhasil mengembalikannya kepada bentuk asal. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU | SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU, syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta. | SASTERA | Konsep |
PERISTILAHAN BAHASA MELAYU | PERISTILAHAN BAHASA MELAYU, proses penggubalan kata-kata khusus untuk bidang ilmu yang tertentu. Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu. Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Penggubalan istilah dan perkataan baharu dengan banyaknya ini telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada perkembangan bahasa Melayu. Daripada bahasa yang dianggap serba kekurangan, bahasa Melayu kini telah berhasil menjadi bahasa pengantar dalam bidang pendidikan, baik pada peringkat rendah mahupun pada peringkat pengajian tinggi. | BAHASA | Konsep |