Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EDWARD II

Edward II (1284–1327) ialah salah seorang

daripada raja yang paling tidak berjaya dalam

sejarah Inggeris.

UMUM 
AUSTRALIND

Australind ialah sebuah kawasan serokan di

Leschenault, yang terletak kira-kira 145 kilometer di

selatan Perth, Australia. Australind terkenal sebagai

tempat yang tidak berjaya diduduki pada tahun

1841 dan tahun 1845. Terpengaruh dengan teori

Edward Gibbon Wakefield, ahli perniagaan di

London menubuhkan Syarikat Australia Barat dan

membeli tanah tersebut. Mereka kemudian

menjualnya sebagai tanah pertanian kepada orang

yang hendak menaklukinya, dan menggunakan

wang tersebut untuk membayar kos perpindahan

buruh. Penduduk pertama yang menduduki tanah

tersebut mendapati kawasan tersebut tidak sesuai

untuk pertanian. Dalam tempoh lima tahun,

Australind telah ditinggalkan.

UMUM 
SALMAN AL-FARISIY

Salman al-Farisiy ( ? –36 H./ ? –656 M.) ialah

salah seorang sahabat nabi yang berasal daripada

golongan Ansar yang menetap di Madinah (dulu

Yathrib atau Tayyibah). Dia berketurunan Parsi

dari Isfahan. Sebelum Islam, dia berpindah ke

Syam, al-Mosul, Nasibyan dan ‘Umuriah untuk

mencari pegangan yang boleh menenangkan

jiwanya. Dia bergaul dengan para pendeta dan

banyak membaca buku karangan orang-orang

Parsi, Rom dan Yahudi. Kesemua buku tersebut

tidak berjaya menyelamatkannya daripada arus

kesesatan. Akhirnya dia menuju ke negeri Arab.

Semasa dalam perjalanan ke sana, dia berjumpa

dengan serombongan penyamun Bani Kalb.

Mereka menculiknya lalu menjualnya kepada

seorang Yahudi. Akhirnya dia dibawa ke Madinah

dan dipaksa bekerja di ladang.

UMUM 
LIGA BANGSA

Liga Bangsa, satu pertubuhan negara-negara

antarabangsa yang ditubuhkan untuk mengekalkan

keamanan di kalangan negara-negara di dunia.

Negara yang menang dalam Perang Dunia I

termasuklah Perancis, Great Britain, Itali, Jepun dan

Amerika Syarikat telah merangka satu covenant

(perlembagaan) untuk Liga tersebut pada tahun

1919. Liga tersebut telah ditubuhkan pada bulan

Januari 1920, dan beribu pejabat di Geneva,

Switzerland. Presiden Woodrow Wilson dari

Amerika Syarikat merupakan ketua perancang bagi

Liga berkenaan tetapi dia tidak berjaya memujuk

Amerika Syarikat menyertainya. Liga itu telah

dibubarkan pada bulan April 1946 dan digantikan

dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

UMUM 
MONTE CRISTO

Monte Cristo ialah pulau di Itali yang kecil tandus

di Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Itali (peta

rupa bumi). Keluasannya 10 kilometer persegi. Pada

zaman purba ia dikenali sebagai Oglasa. Ia menjadi

terkenal melalui novel Alexandre Dumas The

Count of Monte Cristo. Novel itu menceritakan

bagaimana hero menjumpai harta di pulau

tersebut. Sebahagian besar pulau ini ialah gunung

granit yang setinggi 610 meter di atas aras laut.

Pada suatu masa dahulu, para rahib Benedictine

mempunyai sebuah biara di Monte Cristo. Pada

tahun 1553, mereka meninggalkan tempat tersebut

kerana diserang lanun. Lebih daripada 300 tahun

kemudian kerajaan Itali cuba menubuhkan sebuah

petempatan banduan di Monte Cristo. Tetapi

rancangan ini tidak berjaya.

UMUM 
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN

Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya

bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan

oleh perusuh dengan menggantung seseorang

tanpa menghiraukan undang-undang dan

peraturan. Mangsa penggantungan tanpa

perbicaraan tidak ada peluang bagi

mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma

menganggap mangsanya bersalah, sama ada

dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas

sedemikian pernah berlaku di beberapa negara

pada berlainan masa, namun begitu, istilah

menggantung tanpa perbicaraan secara khusus

dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan

negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan

perbuatan menggantung tanpa perbicaraan

melalui undang-undang. Sesetengah negeri

menjalankan dakwaan mengikut undang-undang

menentang homisid, rusuhan dan serangan.

Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang

menggantung tanpa perbicaraan yang

khusus. Namun begitu, pengawalan melalui

undang-undang tidak berjaya mencegah

menggantung tanpa perbicaraan.

UMUM 
BERJAYABERJAYA,  parti politik.  BERJAYA ialah singkatan bagi Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah.  BERJAYA ditubuhkan pada 15 Julai 1975 oleh bekas pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tun Datu Mustapha Datu Harun.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
SATIE, ERIK

Satie, Erik (1866–1925), penggubah Perancis,

menghabiskan seluruh kerjayanya dengan

mencabar konvensyen muzik yang mapan. Satie

tidak mementingkan peraturan dalam muzik, dan

dia amat tidak gemar akan romantisme dan

impresiosisme. Caranya menangani bentuk

harmoni dan muzik berjaya mempengaruhi

banyak penggubah.

UMUM 
SARDOU, VICTORIEN

Sardou, Victorien (1831–1908) ialah salah seorang

daripada penulis drama Perancis yang berjaya pada

zamannya. Dia juga berbakat menulis komedi ringan

( A Scrap of Paper, 1860), melodrama ( La Tosca, 1887)

dan drama sejarah ( Madame Sans–Gêne, 1893).

Karya Sardou adalah contoh drama yang baik

yang dibina dengan berhati-hati berdasarkan

formula yang menjadikan plotnya jelas dan teratur

tetapi tidak mengandungi makna yang mendalam.

Kebanyakan karya Sardou ditulis untuk pelakon

wanita Perancis Sarah Bernhardt. Dia lahir di Paris.

UMUM 
KELLER, HELEN ADAMS

Keller, Helen Adams (1880–1968) ialah penulis

Amerika dan aktivis bagi golongan kurang upaya.

Dia menjadi contoh terbaik bagi seseorang yang

berjaya dalam usaha mengatasi kecacatan fizikal.

Dia lahir di Tuscumbia, Alabama. Semasa berumur

dua tahun, sejenis penyakit yang serius telah

merosakkan penglihatan dan pendengarannya.

Oleh itu, dia tidak boleh bercakap dan terus

terasing dari dunia luar. Namun begitu, dia bangkit

daripada kekurangan itu hingga menjadi terkenal

pada peringkat antarabangsa dalam usahanya

membantu golongan kurang upaya menikmati

hidup yang lebih bermakna.

UMUM 
123

Kembali ke atas