Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DENG XIAOPING

Deng Xiaoping (1904–1997), dieja juga sebagai

Teng Hsiaop’ing, tokoh yang berpengaruh di

China. Pada teorinya, Setiausaha Agung Parti

Komunis China, ialah jawatan yang sangat

berkuasa. Namun pemimpin-pemimpin China

berunding dengan Deng mengenai semua isu

dan keputusan penting yang menjadikannya

seorang ketua yang utama. Pengaruhnya telah

membolehkannya membawa perubahan utama

kepada China. Deng tidak lagi memegang

jawatan dalam kerajaan China tetapi masih lagi

berpengaruh.

UMUM 
EMPEDOCLES

Empedocles (495? SM–435? SM) ialah ahli

falsafah Yunani awal. Dia bersetuju dengan

pendapat Parmenides, iaitu ahli falsafah Yunani

yang berpengaruh, bahawa sesuatu yang wujud itu

tetap kekal dan tidak berubah.

UMUM 
MENCIUS

Mencius (390? S.M.–305? S.M.) ialah ahli falsafah

Cina yang utama. Dia merupakan salah seorang

tokoh yang paling berpengaruh dalam

perkembangan falsafah Cina yang dikenal sebagai

Konfusianisme. Mencius paling terkenal kerana

keyakinannya bahawa sifat semula jadi manusia

adalah baik. Dia juga percaya bahawa rakyat

sesebuah negara mempunyai alasan apabila

menggulingkan atau malahan membunuh raja yang

zalim. Mencius mentakrifkan raja yang zalim sebagai

orang yang mengabaikan kebajikan rakyat dan

memerintah mereka dengan tidak bertimbang rasa.

Kebanyakan gagasan Mencius terdapat dalam

Mengzi (juga dieja Meng-tzu), buku yang mungkin

merupakan koleksi ajarannya.

UMUM 
NORODOM SIHANOUK

Norodom Sihanouk (1922– ) ialah raja

Kemboja. Baginda mula-mula menjadi raja pada

tahun 1941, tetapi turun takhta pada tahun 1955

untuk memasuki politik. Sihanouk mengambil

semula gelaran raja pada tahun 1993, berikutan

kepulangannya dari pembuangan negara di China.

Di bawah syarat Perlembagaan 1993 Kemboja, raja

berfungsi sebagai “simbol perpaduan dan

kesinambungan negara”. Baginda hampir tidak

berpengaruh dalam hal ehwal harian negara, tetapi

mendapat sokongan majoriti rakyat Kemboja.

UMUM 
PAINE, THOMAS

Paine, Thomas (1737–1809) ialah penulis risalah,

pejuang politik, dan penulis politik dan agama

Amerika kelahiran Inggeris yang terkenal. Tulisannya

mempengaruhi pemikiran politik pemimpin Revolusi

Amerika, dan dia menjadi tokoh terkenal di Paris

semasa Revolusi Perancis. Bekas Presiden Amerika

Syarikat, John Adams menulis pada tahun 1806, “Saya

tidak kenal sebarang orang di dunia yang lebih

berpengaruh terhadap kehidupan atau hal ehwal

yang berlaku di dunia selama 30 tahun yang lalu

berbanding Thomas Paine”.

UMUM 
MURABITUN, KERAJAAN

Murabitun, Kerajaan merupakan satu

daripada kerajaan Islam yang muncul dalam

lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H.

bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah

barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu

Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al-

Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah.

bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan

penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun

urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang

melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian

utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian

selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun,

penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia

menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah

mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan

menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana

berjaya menguasai beberapa bahagian di padang

pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang

Barbar dan Arab.

UMUM 
FUNAN

FUNAN, kerajaan Melayu tua yang ditubuhkan pada abad pertama Masihi. Funan merupakan sebuah kuasa besar di Asia Tenggara pada masa itu. Batu bersurat Funan yang pertama ditemui dalam bahasa Sanskrit selepas satu abad setengah daripada atrikh penubuhannya oleh seorang brahmin yang berkahwin dengan seorang puteri Funan. Nama asal Funan tidak diketahui tetapi perkataan tersebut disesuaikan dengan sebutan Cina daripada perkataan Khmer “bnam” atau “phnom” yang bermaksud gunung. Pusat kerajaan Funan terletak di kawasan delta Sungai Mekong. Pada masa kemuncak kekuasaannya wilayah Funan meliputi Vietnam Selatan, bahagian tengah Mekong, sebahagian besar lembah Sungai menam dan Semenanjung Melayu. Seperti Campa, Funan merupakan sebuah persekutuan daripada beberapa buah negeri kecil yang berpengaruh Hindu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas