Pirandello, Luigi (1867–1936) ialah pengarang Itali yang menerima Hadiah Nobel bagi bidang kesu sasteraan pada tahun 1934. Pirandello terkenal kerana drama falsafahnya. Drama terbaik ciptaannya membahaskan bahawa kebenaran sebenar tidak diketahui dan berubah-ubah mengikut pandangan seseorang. Dia seterusnya mendakwa manusia memang mempunyai pelbagai peranan atau matlamat tetapi tiada satu pun antaranya yang memaparkan ciri sebenar manusia. |