Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Hatiku rindu tidak tertahan,
     Tak pandang sehari rasa sebulan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kura-kura di atas dahan.

Bermaksud :

Orang bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARSIER

Tarsier ialah mamalia kecil yang mempunyai

kepala yang bulat dan mata yang luar biasa

besarnya bak mata burung hantu. Seperti manusia

dan beruk, tarsier tergolong dalam order primat

(lihat Primat ). Tarsier hidup di Indonesia dan

Filipina. Telinganya besar dan ekornya panjang,

kurus dan tidak berbulu. Kaki depannya pendek

dan kaki belakangnya panjang yang membantunya

melompat dari dahan ke dahan tempat tinggalnya.

Kesemua jari tangannya yang panjang dan

kebanyakan jari kakinya mempunyai kuku, tetapi

jari kakinya yang kedua dan ketiga mempunyai

cakar. Tarsier tidak boleh menggerakkan matanya.

Tetapi ia boleh memusingkan kepalanya hampir

kesemua arah. Tarsier membesar kira-kira sebesar

tikus. Ekornya boleh tumbuh sehingga 25

sentimeter panjangnya. Namanya berasal daripada

tulang tarsus yang panjang pada kakinya. Tarsier

tidur pada siang hari dan bergerak dari pokok ke

pokok pada malam hari, memakan serangga, siput,

dan cicak kecil.

Pengelasan saintifik. Tarsier tergolong dalam famili

tarsier, Tarsiidae. Ia adalah genus Tarsius .

UMUM 
DEWBERI

Dewberi ialah buah yang kecil berbentuk bujur

yang tumbuh pada pokok beri hitam yang melata.

Tidak seperti beri hitam lain yang tumbuh

pada pokok renek yang tegak, Dewberi tumbuh

pada dahan yang panjang dan kecil yang menjalar

di tanah. Warnanya hitam atau berbagai-bagai

warna merah. Setiap buahnya terdiri daripada

segugus buah kecil yang dikenali sebagai drupelet.

UMUM 
PISANG

Pisang ialah buah yang berkhasiat yang tumbuh

di kawasan tropika dan popular di seluruh dunia.

Pisang tumbuh dari 2.5 hingga sembilan meter

tingginya dan ia kelihatan seperti pokok. Tetapi ia

bukan pokok kerana ia tidak mempunyai batang

atau dahan berkayu.

UMUM 
TANTALUS

Tantalus ialah raja Lydia dalam mitos Yunani.

Baginda adalah putera kepada Zeus dan dewi Pluto.

Tantalus dihukum kerana membunuh puteranya

Pelops dan mempersembahkannya kepada dewa-dewa

sebagai makanan. Pelops kemudiannya telah

dihidupkan semula. Di Hades, dunia orang yang

telah mati, Tantalus dipaksa berdiri di bawah batu-batu

yang bergantungan dengan dirinya terendam

di dalam air hingga ke paras dagunya. Apabila

baginda cuba minum, air itu akan hilang. Terdapat

buah-buahan bergantungan dari dahan yang berada

di atasnya. Tetapi apabila baginda cuba

memakannya, angin kuat akan meniup dahan itu

hingga baginda tidak dapat mencapainya. Dalam

bahasa Inggeris, perkataan tantalize yang bermakna

mengusik atau menyeksa, diambil daripada nama

Tantalus.

UMUM 
SLOTH TANAH

Sloth tanah ialah haiwan besar, yang telah

pupus dalam famili sloth. Sloth tanah yang terbesar

kira-kira enam meter panjangnya dan sebesar

gajah. Tulangnya besar, kaki belakangnya berat

dan ekornya kuat. Ini membayangkan bahawa

sloth tanah tentunya boleh berdiri dengan kaki

belakangnya untuk mencapai dahan dan daun yang

tinggi. Ia hanya makan tumbuh-tumbuhan. Tidak

seperti sloth kini, sloth tanah tidak memanjat pokok.

UMUM 
RIMU

Rimu ialah nama bagi beberapa spesies pokok

tinggi di New Zealand. Satu spesies juga dikenali

sebagai pain merah . Kayunya, yang bercorak cantik

dan sangat berharga, digunakan untuk membina

rumah. Rimu boleh ditanam untuk mengawal

hakisan tanah. Pokok ini tumbuh menjulang tinggi,

dengan dahannya yang melentok berwarna hijau

pucat dan daun halus yang tumbuh rapat pada

batangnya. Seperti semua pain, pokok ini

mempunyai bunga yang tidak menyerlah sama ada

bunga jantan atau bunga betina. Bunganya tumbuh

di hujung dahan; bunga jantan dalam “bentuk

mayang” dan bunga betina dalam bentuk kon kecil.

Setiap pokok mengeluarkan hanya bunga jantan

atau bunga betina.

UMUM 

Kembali ke atas