KAWASAN HIJAU | Kawasan hijau di United Kingdom, ialah kawasan tanah berhampiran dengan bandar, yang tidak dibenarkan dibina bangunan kecuali dalam keadaan tertentu. | UMUM | |
EDAH | Edah iaiah satu tempoh yang dihabiskan oleh seseorang perempuan selepas dijatuhi talak atau kematian suami. Sepanjang tempoh ini dia tidak dibenarkan berkahwin dengan orang lain. | UMUM | |
PYRAMUS DAN THISBE | Pyramus dan Thisbe adalah sepasang kekasih dalam legenda purba. Pyramus dan Thisbe hidup berjiran di Babylon. Mereka jatuh cinta, tetapi ditentang oleh ibu bapa kedua-dua pihak. Mereka tidak dibenarkan berkahwin ataupun bergaul sesama sendiri. Mereka terpaksa bercakap melalui rekahan dinding di antara rumah mereka. | UMUM | |
PULAU MACKINAC | Pulau Mackinac (pend. 479) ialah sebuah pulau di selat Mackinac (Michigan utara, Amerika Syarikat (lihat Michigan ). Pulau ini meliputi kawasan seluas lebih kurang 10 kilometer persegi. Orang Asli Chippewa menamakan pulau ini sebagai Michilimackinac, yang biasanya bererti “Semangat Tinggi ” atau “Penyu Besar ”. Bandar di pulau Mackinac terletak di bahagian tenggara. Kereta tidak dibenarkan dibawa ke pulau ini. Feri menghubungkan pulau ini dengan tanah besar. Lumba kapal layar di air tawar yang terpanjang di dunia dari Chicago ke Pulau Mackinac diadakan pada setiap bulan Julai. | UMUM | |
LHASA | Lhasa (pend. 105 866) ialah bandar suci dan ibu negara Tibet. Orang Tibet menganggap kuil di bandar itu suci. Dalai Lama, seorang pemimpin agama dan pemerintah Tibet yang dibuang negeri, tinggal di Lhasa sehingga tahun 1959. Pada tahun itu, dia tinggal dalam buangan di India bersama- sama pengikutnya selepas pemberontakan di Tibet menentang golongan Komunis China menemui kegagalan. Sehingga tahun 1904, orang Eropah tidak dibenarkan masuk ke Lhasa, dan kadangkala Lhasa dikenali sebagai Kota Larangan. | UMUM | |
SHEPARD, ALAN BARTLETT, JR. | Shepard, Alan Bartlett, Jr. (1923–1998), menjadi orang Amerika yang pertama berada di angkasa lepas. Pada 5 Mei, 1961, angkasawan Shepard terbang dengan roket pada jarak 188 kilometer ke angkasa lepas dari Cape Canaveral, Florida. Dia mendarat 15 minit kemudian, pada jarak 486 kilometer di luar Lautan Atlantik. Pada tahun 1971, Shepard mengetuai Apollo 14 melakukan pendaratan kali ketiga di bulan. Dia menjadi angkasawan kelima yang mendarat di bulan. Dia tidak dibenarkan terbang dari tahun 1963 hingga tahun 1969 kerana mengalami gangguan pendengaran. | UMUM | |
KESATUAN SEKERJA | Kesatuan sekerja ialah organisasi pekerja yang mencuba untuk memperbaiki gaji ahlinya dan keadaan bekerja mereka. Mereka melakukannya melalui perundingan dengan wakil-wakil majikan dalam prosedur yang dikenali sebagai perundingan kolektif. Kesatuan juga memperjuangkan hal berkaitan dengan kesihatan, piawaian keselamatan, dan latihan- latihan kemahiran, di samping mencari faedah lain kepada ahlinya seperti potongan harga barangan dan memperuntukkan kemudahan pusat jagaan bagi ibu-ibu bekerja. Penubuhan kesatuan sekerja serta pengambilan ahli baharu, sah di sisi undang-undang kebanyakan negara. Walau bagaimanapun, di negara-negara yang mengamalkan demokrasi, aktiviti yang dijalankan, tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan. Di beberapa buah negara seperti Kesatuan Soviet, kesatuan sekerja bebas biasanya tidak dibenarkan. | UMUM | |
SAINT-SIMON, COMTE DE | Saint-Simon, Comte de (1760–1825) ialah pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru yang semua orang bekerja dan akan menerima ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua individu akan memulakan kehidupannya atas dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik. | UMUM | |
SAKHAROV, ANDREI DMITRIYEVICH | Sakharov, Andrei Dmitriyevich (1921–1989) ialah ahli fizik Soviet yang menjadi terkemuka kerana penyelidikannya tentang tindak balas termonuklear terkawal. Usahanya membantu ahli sains Soviet mencipta bom hidrogen pada awal tahun 1950-an. Tetapi, Sakharov menjadi terkenal kerana usahanya mempromosi hak asasi manusia dan keamanan dunia. Dia dianugerahi Hadiah Nobel tahun 1975 kerana usaha ini. Mulai akhir tahun 1960-an, Sakharov dan isterinya Yelena Bonner, berkali-kali mengkritik kerajaan Soviet dengan menuduhnya tidak memberikan hak asasi manusia kepada warganegara Soviet. Pada tahun 1980, Sakharov ditangkap oleh pihak berkuasa Soviet dan dibuang negeri ke Gorki (kini Nizhniy Novgorod), iaitu bandar yang tertutup kepada orang asing. Pada tahun 1986, dia dibebaskan dan dibenarkan pulang ke Moscow. Pada tahun 1989, Sakharov dipilih menjadi ahli dewan perundangan Soviet yang baru dibentuk yang dinamakan Kongres Wakil Rakyat. | UMUM | |
PEMBUNUHAN AMBON | PEMBUNUHAN AMBON, pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan antara orang Belanda dan Inggeris di ambon. Hingga tahun 1619, ibu pejabat Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) terletak di Ambon, timur Indonesia. Selepas itu VOC memindahkan ibu pejabatnya ke Betawi, tetap Belanda terus mengekalkan pangkalannya, Fort Victoria, di Ambon. Belanda mahu memastikan monopoli terhadap perdagangan rempah. Pegawai VOC di Betawi tidak mahu Syarikat Hindia timur Inggeris membina posnya di Ambon kerana bimbang kehadiran Inggeris boleh mencabar kedudukan Belanda. Walau bagaimanapun, pada tahun 1619, melalui persetujuan antara Belanda dengan Inggeris, Inggeris dibenarkan membina pos di Ambon dan berkongsi 1/3 daripada perdagangan rempah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |