SLANGA | Slanga ialah jenis bahasa yang tidak formal apabila kata dan frasa digunakan dengan cara baru atau luar biasa. Banyak istilah slanga adalah ekspresif, lucu, dan jelas. Sesetengahnya adalah kasar dan menyinggung perasaan. Ungkapan slanga boleh jadi kata baru, seperti glitzy (terlalu terang dan menjolok mata) atau hype (pengiklanan yang bergantung pada gimik atau muslihat). Ia juga boleh jadi kata lama yang mengalami perubahan makna, seperti magic (menakjubkan) atau cool (canggih dan terkawal diri). | UMUM | |
JAAFAR HAJI MOHAMAD, DATUK | JAAFAR HAJI MOHAMAD, Datuk (1838-1919), Menteri Besar Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (1833-1893). Dia lahir di Teluk Belanga, Singapura. Dia mendapat pendidikan Melayu, agama dan Inggeris secara tidak formal di Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMED HOESSEIN ENAS | MOHAMED HOESSEIN ENAS (1924-1995), pelukis. Dia lahir di Bogor, Jawa, Indonesia. Setelah mendapat pendidikan awal di Indonesia, dia melanjutkan pelajaran ke London, England. Pada tahun 1947, dia berhijrah ke Malaysia. Mohamed Hoessein tidak pernah mendapat latihan formal dalam bidang seni lukis. Dia telah mengasaskan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) pada tahun 1957. Mohamed Hoessein pernah bertugas sebagai Ketua Bahagian Reka Bentuk dan Pementasan di Radio dan Televisyen Malaysia dan menjadi Ahli Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara. | BUDAYA | Tokoh |
S. EFFENDI | S. EFFENDI (1923 - ), penyanyi dan pencipta lagu Indonesia. Nama penuhnya ialah Said Effendi. Dia lahir pada 6 Ogos 1923 di Besuki, Jawa Timur, Indonesia. Dia yang berketurunan Madura menjalani hidup yang agak tidak menentu sewaktu kecilnya. Sejak berusia lima tahun dia sudah biasa bangun pagi untuk ke surau melaungkan azan subuh. Suaranya telah memukau pendengar. S. Effendi menjadi piatu sewaktu berusia enam tahun lagi. Oleh sebab ayahnya sibuk berdagang di merata-rata tempat, dia sering ditinggalkan sendirian. Dia tidak mendapat pendidikan formal dan sering keluar masuk sekolah. Dia pernah dihantar oleh bapa saudaranya belajar di madrasah. | BUDAYA | Tokoh |
SIPUT SARAWAK | SIPUT SARAWAK (1923 - 1999), pelakon pentas dan filem. Dia berasal dari Sarawak dan datang ke Singapura ketika berusia 12 tahun. Nama sebenarnya ialah Ramlah binti Abdullah. Bapanya, Dollah Sarawak, seorang pelawak terkenal dan ibunya Dayang Inang, terkenal sebagai Sri Panggung sandiwara. Nama Siput berasal daripada nama `Miss Ribut’, pelakon sandiwara Indonesia. Oleh sebab terlalu meminati pelakon tersebut, ibunya telah berazam untuk menamakan anaknya Ribut atau sekurang-kurangnya mirip nama itu. Di hujung namanya ditambah dengan kata Sarawak sebagai mengenang tempat tumpah darahnya. Siput tidak pernah mendapat pendidikan formal. Dia hanya tahu membaca dan menulis dengan belajar sendiri. | BUDAYA | Tokoh |