Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri adalah bahan api dan pengoksida dan habis digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah. |