Moor ialah kawasan tanah lapang yang tidak diusahakan. Lapisan gambut yang biasanya basah meliputi sesetengah moor. Perkataan “moor” sering digunakan kepada moor di Scotland dan lain-lain bahagian di Kepulauan British, tempat heather tumbuh dengan banyaknya. Tetapi terdapat juga moor di barat laut Eropah dan Amerika Utara. Selain daripada heather, tumbuh-tumbuhan kawasan moor termasuk gorse, resam dan berbagai-bagai rumput. Pokok jarang didapati. Banyak moor menjadi rawa di kawasan rendah. |