| SYAIR AWANG SEMAUN | SYAIR AWANG SEMAUN, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah sebuah syair sejarah yang menceritakan permulaan sejarah Brunei dan asal usul rajanya. Syair ini hanya terdapat di Brunei. Dalam koleksi manuskrip Melayu yang tersimpan di Muzium Brunei tersimpan empat jilid syair ini bertaip dalam tulisan Rumi. Terdapat sembilan syair ini dalam koleksi Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei yang terdiri daripada beberapa versi yang lengkap dan tidak lengkap. Ada beberapa di antaranya yang merupakan versi otentik dalam tulisan Jawi, sementara yang lain adalah salinan dalam tulisan Rumi. | SASTERA | Konsep |
| SYAIR MADI | SYAIR MADI, puisi Melayu tradisional, Syair ini dipercayai telah dikarang oleh Raja Abdullah bin Raja Jaafar, dari Riau. Beberapa versi daripada syair ini boleh didapati di Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Nasional Jakarta dan Perpustakaan University Leiden. Versi di Perpustakaan Negara Malaysia diberi nombor MS 429. Naskhah ini tidak lengkap, ada bahagian yang hilang bahkan penyalinnya tidak menyelesaikan syair ini pada keseluruhannya. Naskhah di University Leiden, Belanda diberi nombor KL 131. | SASTERA | Konsep |
| KAMUS LENGKAP | KAMUS LENGKAP, kamus yang diterbitkan oleh Pustaka Zaman (1986) dan disusun oleh Awang Sudjai bin Hairul Yusoff Khan. Kamus ini merupakan sebuah kamus dwibahasa (Melayu-Inggeris) yang memaparkan keseluruhan unit leksikal sesuatu bahasa. Kamus Lengkap menggariskan beberapa ciri yang istimewa yang istimewa yang membezakannya daripada jenis kamus yang setaraf dengannya. Seperti yang tercatat dalam kata pengantarnya, kamus ini memuatkan hampir 55 000 kata masukan yang dianggap terbesar selain Kamus Inggeris-Melayu Dewan (38 000 entri, tidak termasuk kata turunan). Sejak penerbitan pertama pada tahun 1977, kamus ini telah dikemas kini untuk edisi 1988 dengan perubahan besar, iaitu menggunakan ejaan Rumi baru. | BAHASA | Penerbitan |
| EDENTAT | Edentat ialah mana-mana satu daripada sekumpulan mamalia yang tidak mempunyai set gigi yang lengkap atau yang tidak mempunyai gigi sama sekali. | UMUM | |
| PUPA | Pupa ialah peringkat yang agak tidak aktif dalam metamorfosis (perkembangan) kebanyakan serangga. Dalam metamorfosis lengkap , larva makan sehingga membesar sepenuhnya (lihat Larva ). Kemudian larva bersalin kulit menjadi pupa, satu bentuk sementara yang membolehkan struktur dewasa berkembang. Serangga dewasa muncul dengan memecahkan “kulit” pupa. Peringkat pupa mungkin lamanya satu atau dua hari, atau sehingga satu tahun atau lebih, bergantung pada spesies. Peringkat ini membolehkan sesetengah serangga dewasa, seperti rama-rama, mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza daripada ciri-ciri larva. Ia juga membolehkan sesetengah serangga yang berkembang mengelakkan kepanasan dan kesejukan yang melampau, kebuluran, dan kemarau. | UMUM | |
| KEGAGAPAN | Kegagapan yang juga dikenali sebagai gagap ialah suatu bentuk pertuturan yang bersifat ulangan bunyi atau suku kata dengan cara mengeluarkan bunyi yang panjang, teragak-agak atau dengan sekatan kata-kata yang lengkap apabila tidak ada bunyi dikeluarkan. | UMUM | |
| KWASHIORKOR | Kwashiorkor ialah sejenis penyakit yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang, khususnya disebabkan oleh kekurangan protein lengkap yang amat ketara. | UMUM | |
| MUGHNIY AL-LABIB | Mughniy al-Labib ialah kitab karya Ibn Hisyam al-Ansariy. Ia dianggap sebagai kitab nahu yang penting dan baik. Nama lengkap kitab ini ialah Mughniy al-Labib ‘an Kutub al-A’arib . Ibn Khaldun berkata: “Kami tidak pernah menjumpai seorang yang pakar dalam bidang nahu selepas Sibawayh melainkan Ibn Hisyam dan kami tidak pernah jumpa kitab yang lebih baik daripada kitab al- Mughniy”. | UMUM | |
| NEGARA POLIS | Negara polis, berlaku apabila kerajaan sesebuah negara atau unit politik membenarkan agensi penguatkuasaan undang-undang negara itu mengekalkan keamanan melalui ketakutan rakyat. Dalam keadaan ini, pihak polis tidak lagi tertakluk kepada undang-undang atau kekangan lain yang biasanya mengehadkan tindakan mereka dalam sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Pihak polis boleh merisik sesiapa sahaja tanpa menghiraukan privasi individu. Mereka juga boleh menangkap, memenjarakan, membunuh, atau membuang negeri sesiapa sahaja tanpa sebarang sebab. Pada zaman dahulu, negara kota Yunani, Sparta, merupakan sebuah negara polis yang paling lengkap. Pada tahun 1990-an, taktik negara polis ini sering digunakan oleh golongan fasis dan negaranegara komunis. Lihat juga Polis rahsia. | UMUM | |
| PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN | PAKAIAN ZIARAH KEMATIAN, pakaian yang dipakai oleh seseorang semasa menziarah kematian atau melawat jenazah. Dalam sesuatu istiadat ziarah dan penghormatan terakhir kemangkatan diraja, pakaian lelaki Islam adalah pakaian seragam atau uniform yang mirip kepada pakaian istiadat yang dipakai oleh pasukan beruniform. Pakaian lain iaIah sepasang baju Melayu yang lengkap tetapi tidak ditentukan warnanya. Keluarga diraja pula memakai baju Melayu berwarna putih dan bersongkok. Bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih, selebar lebih kurang 3.5 cm. | BUDAYA | Pakaian |