PARALAKS | Paralaks ialah perbezaan arah sesuatu objek apabila dilihat dari dua kedudukan yang tidak lurus dengan satu sama lain dan objek itu. | UMUM | |
TERAP | TERAP (Artocarpus Elastica daripada famili Moraceae), sejenis pokok besar yang berbatang lurus tidak bercabang sehingga setinggi 20 m. Pokok ini berukuran melebihi 150 cm diameter, berbanir dan mencapai ketinggian sehingga 60 m. | BUDAYA | Sumber/Bahan Alam |
ROMBUS | Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari, kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak bersudut tepat antara satu sama lain. | UMUM | |
ROMMEL, ERWIN | Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari, kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak bersudut tepat antara satu sama lain. | UMUM | |
PAK PANDIR | PAK PANDIR, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Pandir ialah watak utama dalam cerita jenaka Melayu yang menggunakan judul yang sama. Pak Pandir dan isterinya Mak Andeh berhuma di hujung kampung yang terpencil. Pak Pandir berwatak lurus dan tidak bertindak melakukan sesuatu dengan sendirinya melainkan setelah disuruh oleh isterinya. lsterinya lebih bijak daripadanya dan kerana kelurusannya, Pak Pandir dianggap sebagai bodoh dan dungu. | SASTERA | Tokoh |
TAJAK | TAJAK, alat pertanian untuk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah. Alat ini terdiri daripada mata tajak yang diperbuat daripada besi yang berbentuk tirus, tajam di bahagian hadapannya; dan pemegang atau hulunya yang diperbuat daripada kayu bulat. Biasanya hulu diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh tahan lama, misalnya kayu cingam, halban dan kopi. Panjangnya lebih kurang 10 cm hingga 15 cm. Kayu yang dipilih tidak terlalu lurus, tetapi melengkung sedikit untuk membolehkan tajak digunakan dengan mudah. | BUDAYA | Alat/Alatan |
STEENBOK | Steenbok, juga dieja steinbok, ialah antelop kecil yang hidup di selatan dan tengah timur Afrika. Namanya bermakna rusa jantan bata dalam bahasa Adrikaan kerana warnanya kemerah-merahan. Steenbok dewasa tingginya kira-kira 55 sentimeter pada paras bahu dan beratnya kira-kira 11 kilogram. Steenbok jantan bertanduk pendek, lurus dan steenbok betina tidak bertanduk. Steenbok biasanya hidup bersendirian di hutan jarang dan kekal berada di kawasan tertentu yang dinamakan wilayah. Ia boleh hidup tanpa meminum air. Steenbok mendapat lembapan yang diperlukannya daripada rumput dan daun yang dimakan. Pengelasan saintifik. Steenbok adalah anggota famili Bovidae. Ia adalah Raphicerus campestris. | UMUM | |
SERAMPANG | SERAMPANG, senjata panjang seperti tombak dan lembing yang dilontar. Bagaimanapun mata serampang bercabang dua atau pun bercabang tiga (bentuk trisula). Matanya dipasang pada sebatang kayu yang bulat, lurus dan ringan. Jenis kayu ini tidak mudah patah apabila dilontarkan pada sasarannya. | BUDAYA | Alat/Alatan |