ALASKA | Alaska ialah negeri yang paling utara di Amerika Syarikat. Alaska ialah negeri yang terbesar dari segi keluasan, tetapi penduduknya tidak padat. Anchorage ialah bandar di Alaska yang mempunyai penduduk yang paling padat dan menjadi pusat perdagangan dan pengangkutan yang utama. Juneau, ibu negerinya, meliputi 8050 kilometer persegi. Dari segi keluasan, ia ialah bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat. | UMUM | |
TALKUM | Talkum (formula kimia, Mg 3 Si 4 O 10 (OH) 2 ) ialah mineral lembut yang terdapat dalam lapisan batu-batan yang rata licin, dan dalam bongkah yang padat. Ia terlalu lembut hinggakan ia boleh digores dengan kuku, dan rasanya bersabun dan bergris. Talkum adalah lut cahaya, yang bermakna bahawa ia membenarkan cahaya melaluinya, tetapi ia tidak lut sinar. Talkum berwarna putih, kehijauan atau kelabu tua. Steatit (batu sabun) adalah talkum yang padat. Ia digunakan sebagai bahan untuk ukiran di Mesir dan China purba. | UMUM | |
AVALANCHE | Avalanche ialah kumpulan besar salji yang menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche. Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam. Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah, yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan- kepingan kecil semasa ia menggelongsor. | UMUM | |
RACINE, JEAN | Racine, Jean (1639–1699) adalah antara penulis drama Perancis yang teragung. Dia menulis pada Zaman Klasikal Perancis dan mematuhi kebiasaan klasikal untuk penggubahan, termasuk penggunaan plot tunggal yang padat. Ciri seninya yang unggul adalah kesederhanaannya. Perbendaharaan kata dalam dramanya adalah terhad dan plot ceritanya tidak banyak aksi. | UMUM | |
MALTA | Malta ialah negara pulau yang terletak berhampiran bahagian tengah Laut Mediterranean, kira-kira 95 kilometer di selatan Sicily. Ia merupakan sekumpulan beberapa pulau; tiga daripadanya didiami penduduk, iaitu Malta, Gozo, dan Comino, dan tiga pulau kecil yang tidak didiami, iaitu Cominotto, Filfla, dan Selmunett (Pulau St. Paul’s). Malta adalah salah sebuah negara yang paling padat penduduknya di dunia. | UMUM | |
NEW JERSEY | New Jersey (pend. 7 748 634) ialah negeri industri yang penting di timur laut Amerika Syarikat. Ia terletak di wilayah Atlantik Tengah negara tersebut, di antara Sungai Delaware dengan Sungai Hudson. Trenton ialah ibu negerinya. Bandar New Jersey yang kecil dan tidak sibuk ini berbeza sama sekali daripada bandar raya industrinya yang besar. New Jersey mempunyai penduduk yang lebih padat berbanding dengan negeri-negeri lain. Tempat peranginan di sepanjang kawasan pinggir laut menarik berjuta-juta pelancong ke negeri tersebut setiap tahun. | UMUM | |