SURAH AL-SAFFAT | Surah al-Saffat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-37 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 182 ayat. Surah ini dinamakan al-Saffat (Makhluk-makhluk yang berbaris) yakni para malaikat penduduk langit yang tidak putus-putus beribadat kepada Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T.: “Mereka bertasbih (kepada Allah) malam dan siang tanpa henti-henti”. (Surah al-Saffat 37:20) | UMUM | |
PUTUS UBAT | PUTUS UBAT, satu upacara yang diadakan sempena selesainya rawatan dan pengubatan yang diterima oleh seseorang bekas pesakit daripada bomoh. Upacara ini diadakan untuk mengelakkan bomoh dan juga pesakit daripada ditimpa perkara-perkara yang tidak diingini. Dipercayai bomoh yang bertanggungjawab memulihkan pesakit akan ditimpa penyakit yang sama jika upacara ini tidak diadakan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
OTIS, ELISHA GRAVES | Otis, Elisha Graves (1811–1861) ialah pereka Amerika yang membina lif pertama yang mempunyai alat keselamatan automatik. Alat ini mencegah lif daripada jatuh jika tali yang memegang lif putus. Otis membuat demonstrasi lifnya pada tahun 1854 di New York City dengan memotong tali yang memegang lif selepas dia menaiki lif. Tetapi rekaannya tidak digunakan dengan meluas sehingga kemunculan bangunan pencakar langit pada tahun 1870-an. | UMUM | |