Aws ibn Hajar ( ? –2 S.H. / ? –620 M.), salah seorang tokoh penyair zaman Jahiliah. Nama penuhnya ialah Aws ibn Hajar ibn ‘Itab al-Tamimi. Umurnya sangat panjang namun sesetengah pengkritik sastera mengatakan dia tidak sempat hidup hingga ke zaman Islam. Walau bagaimanapun terdapat pendapat yang mengatakan tarikh kematiannya ialah pada awal kelahiran Islam. Walaupun Ibn Sallam menganggapnya daripada kalangan para penyair Jahiliah kelas dua, tetapi akhirnya dia mengatakan, “Aws adalah setaraf dengan empat orang penyair sebelumnya – iaitu pada tahap pertama – tetapi kami telah mengehadkan tahap pertama tersebut untuk empat orang sahaja”. |