Perang Mu’tah berlaku antara orang Islam dengan orang Rom di Syam ketika Rasulullah s.a.w. masih hidup. Antara sebab tercetusnya peperangan ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. mengutuskan seorang utusan untuk menghantar kitab al-Quran kepada raja Basrah (di Syam). Apabila utusan yang membawa kitab tersebut singgah di kampung Mu’tah, dilihat oleh Syurahbil ibn ‘Amru al-Ghassaniy lalu dia dibunuh. Mengikut peraturan pada masa itu, utusan tidak boleh dibunuh. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. berasa marah lalu Baginda menghantar satu pasukan tentera seramai 3000 orang ke Mu’tah pada bulan Jamadilawal tahun kelapan Hijrah. |