GUNUNG TAHAN | GUNUNG TAHAN, Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Kemuncaknya setinggi 2207 m dari paras laut. Gunung Tahan terletak di utara negeri Pahang berhampiran dengan sempadan Kelantan dan merupakan kemuncak Banjaran Gunung Tahan. Banjaran ini terdiri daripada batuan enapan kuartzit konglomerat, batu pasir dan syal yang telah dilipat zaman lampau. Sepanjang banjaran ini mempunyai permukaan yang kasar akibat ketahanan batu kuartzit daripada diluluhawa. Satu lagi ciri yang luar biasa di Banjaran Gunung Tahan ialah liputan tumbuh-tumbuhan yang nipis kerana tanahnya tidak subur. Kesinambungannya banjaran ini terganggu oleh Sungai Rompin. Banjaran ini memanjang ke selatan sebagai bukit-bukit rendah di sepanjang tengah dan timur Johor dan sebagai bukit Mount Faber di Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PARAGUAY | Paraguay ialah negara di tengah-tengah daratan yang terletak tidak jauh dari bahagian tengah Amerika Selatan, yang dikelilingi oleh tiga buah negara, iaitu Argentina, Bolivia dan Brazil. Sungai Paraguay mengalir melalui Paraguay dari utara ke selatan dan membahagikan negara tersebut kepada dua wilayah bumi yang sangat berbeza. Di sebelah barat sungai ini ialah Chaco, sebuah kawasan rata yang tidak ramai penduduknya dan terdiri daripada rumput kasar, hutan semak samun, dan rawang masin. Paraguay Timur sebaliknya mempunyai bukit-bukau yang beralun, tanah yang subur dan hutan tebal. | UMUM | |
ARCADIA | Arcadia, salah satu bahagian di Greece pada masa kini adalah kawasan yang penting pada zaman purba. Lebih kurang 108 000 orang tinggal di kawasan yang terdiri daripada gunung dan lembah subur di Peloponnesus (semenanjung selatan Greece). Arcadia adalah satu-satunya bahagian Peloponnesus yang tidak diserang oleh orang Dorian pada tahun 1100-an S.M. Orang Arcadia mengekalkan sebahagian besar bahasa Yunani pra-Dorian. Pada tahun 500-an S.M. Arcadia menyertai Liga Peloponnesus, perikatan tentera yang terdiri daripada bandar-bandar di Peloponnesus yang diketuai oleh Sparta. Bandar- bandar Arcadia tetap setia kepada Sparta sehingga tahun 369 S.M., apabila ia menubuhkan liga pertahanannya sendiri. Tidak lama kemudian Liga Arcadia berpecah, tetapi Liga Macedonia dan kemudiannya Liga Achaean dan Aetolian melindungi Arcadia. | UMUM | |
SAMARA | Samara (pend. 1 250 000) ialah pusat pembuatan yang utama di Rusia dan pelabuhan Sungai Volga (lihat Rusia [peta politik]). Sebuah telaga minyak yang besar dan ladang gandum yang subur terletak berhampiran Samara. Loji kuasa hidroelektrik Samara meliputi sebuah empangan di Sungai Volga. Keluaran pembuatannya termasuk kapal terbang, makanan dan lokomotif. Samara ditukar namanya kepada Kuybyshev pada tahun 1935, apabila Rusia menjadi sebuah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia dinamakan semula sebagai Samara pada tahun 1991, tidak lama sebelum Republik Soviet menjadi negara merdeka. | UMUM | |
PITJANTJATJARA | Pitjantjatjara ialah penduduk Orang Asli Australia . Sehingga kini, mereka masih hidup berpindah-randah di kawasan barat daya Tasik Amadeus, Wilayah Utara. Kawasan yang meliputi Musgrave, Petermann dan banjaran Rawlinson ini mempunyai sedikit punca air atau lembah yang subur. Kaum Pitjantjatjara ini bersenjatakan panah dan lembing tetapi tidak menggunakan boomerang. Mereka ialah kaum yang mahir mengumpulkan makanan dan berburu. Haiwan buruan mereka termasuklah kanggaroo, ular dan cicak. Mereka juga mengumpulkan biji-biji rumput dan bahagian tumbuhan untuk makanan. | UMUM | |
STOK | Stok ialah nama yang diberi kepada tiga bunga taman yang berlainan. Stok berbau-malam mengeluarkan bunga berwarna lilac berbau harum yang kembang pada waktu petang. Tumbuhan tahunan yang kecil dan bercabang ini berasal dari selatan Eropah. Lenggainya mempunyai dua tanduk yang ketara di hujungnya. Bunga stok Stok Virginia adalah satu lagi tumbuhan tahunan yang mengeluarkan bunga kecil yang berwarna putih, merah, atau lilac. Tangkainya pendek dan lenggainya tidak bertanduk. Stok Brompton atau stok biasa, tumbuh kira-kira 60 sentimeter tingginya. Ia mengeluarkan bunga yang harum berwarna putih, samar, merah, ungu, atau kuning. Stok berasal dari selatan Eropah. Ia memerlukan tempat yang mendapat cahaya matahari, terlindung, dan tanah yang subur, agak beralkali. | UMUM | |
BOLIVIA | Bolivia ialah negara yang terletak berhampiran dengan bahagian tengah Amerika Selatan. Ia tidak mempunyai pantai dan justeru itu, ia berhadapan dengan sekatan pengangkutan yang semula jadi. Di barat Bolivia, tersergam Pergunungan Andes yang hebat dan agung, berlitup an salji, mengelilingi sebuah penara yang tinggi lagi kering. Sebuah dataran tanah pamah yang luas, meliputi kawasan utara dan timur Bolivia. Hutan hujan tropika tumbuh subur di bahagian utara dataran itu, dan padang rumput dan paya berselerak merentasi sebahagian besar kawasan timur. Sebahagian besar bukit bukau terletak di antara pergunungan Andes dan dataran tanah pamah ini. | UMUM | |