DOGBANE | Dogbane ialah nama 11 tumbuhan yang berkaitan rapat. Ia tumbuh di zon beriklim sederhana di utara kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Kanada. Kesemua dogbane ialah tumbuhan hijau beracun yang mengandungi jus putih yang pahit. Tetapi ia tidak membahayakan kerana kebanyakan haiwan meragut tidak suka jusnya yang pahit dan tidak mahu memakannya lagi. | UMUM | |
ARTHUR, SIR GEORGE | Arthur, Sir George (1784–1854) ialah leftenan gabenor Van Diemen’s Land (kini Tasmania) dari tahun 1824 hingga tahun 1836. Dia menyokong pengangkutan dan mencuba mentadbirkan tanah jajahannya sebagai petempatan penjenayah. Dia tidak mempedulikan hak politik peneroka bebas dan sering kali menyebabkan mereka memusuhinya. Dia tidak suka akan kritikan dan mencuba menapis akhbar apabila dasar-dasar dan pentadbirannya diserang melalui akhbar. Pada tahun 1825, Van Diemen’s Land menjadi koloni yang terpisah daripada New South Wales dan mempunyai Majlis Perundangannya sendiri. Arthur mendirikan sebuah perkhidmatan awam yang cekap dan banyak berusaha menumpaskan perompakan di tanah jajahan tersebut. | UMUM | |
NALURI | Naluri adalah tingkah laku yang diwarisi dan bukannya dipelajari. Kita boleh menyatakan bahawa seseorang yang suka melawan mempunyai naluri yang agresif. Tetapi orang itu tidak dilahirkan dengan keinginan untuk melawan dan, latar belakang rumah dan sekolah yang berlainan tidak mungkin membina kelakuan tersebut. Ahli sains menggunakan istilah naluri dan tingkah laku naluri hanya untuk aktiviti yang tidak melibatkan pengalaman dan pembelajaran. Untuk dapat disifatkan sebagai naluri sebenarnya, sifat tingkah laku mestilah hampir serupa bagi kedua-dua jantina dalam spesies haiwan berkenaan. | UMUM | |
PERDAGANGAN BEBAS | Perdagangan bebas ialah polisi yang membenarkan penduduk sesebuah negara membeli dan menjual di mana-mana sahaja yang mereka suka tanpa halangan. Sebuah negara yang mempunyai sebuah polisi perdagangan bebas tidak menghalang penduduknya daripada membeli barangan yang dikeluarkan di negara lain, atau menggalakkan mereka membelinya di negara sendiri. | UMUM | |
ARACHNE | Arachne ialah seorang penenun yang mahir dalam mitologi Yunani. Dia suka bercakap besar bahawa dia boleh menenun kain yang lebih cantik daripada yang ditenun oleh Athena, dewi seni dan kraf tangan. Athena menerima cabaran Arachne untuk menyertai pertandingan menenun. Athena menenun dewangga yang menggambarkan manusia dihukum oleh dewa kerana keangkuhan mereka. Karya Arachne menunjukkan kelakuan tidak senonoh dewa dan dewi. Apabila Athena melihat karya Arachne secantik karyanya, dia pun mengoyakkan kain itu. Apabila Arachne cuba menggantung dirinya, Athena berasa kasihan lalu menukarkannya menjadi seekor lelabah. Kemahiran Arachne masih bertahan dalam memintal sarang oleh lelabah. | UMUM | |
MEMASAK | Memasak ialah menyediakan makanan untuk dimakan. Memasak menjadikan makanan kelihatan lebih menyelerakan dan mudah dihadam. Kebanyakan proses memasak melibatkan pemanasan makanan. Namun, ada juga makanan yang tidak perlu dimasak seperti sandwic dan salad. Ramai orang suka memasak untuk mengisi masa lapang. | UMUM | |
SOPHOCLES | Sophocles (lebih kurang tahun 496–tahun 406 S.M.) ialah penulis tragedi yang kedua hebat antara tiga orang penulis tragedi Yunani. Dua lagi penulis tragedi ialah Aeschylus – yang paling awal daripada mereka bertiga – dan Euripides. Tidak seperti Aeschylus, yang lebih suka mempersembahkan trilogi (kumpulan tiga drama yang saling berkait), Sophocles lebih menggemari drama sebabak. | UMUM | |
SATYR | Satyr ialah dewa kecil bagi desa dan hutan dalam mitologi Yunani. Satyr pada asasnya kelihatan seperti manusia biasa. Tetapi kebanyakan mereka mempunyai sedikit sebanyak ciri-ciri haiwan, seperti kaki, kuku, tanduk, dan telinga kambing, atau pelbagai gabungannya. Satyr mengikut Dionysus, iaitu dewa wain, dan Pan, dewa hutan dan padang rumput. Kebanyakan satyr adalah muda, ceria, tetapi nakal. Ada kalanya mereka menjadi liar dan tidak dapat dikawal, tetapi jarang mencederakan sesiapa pun. Perkara yang suka dilakukannya ialah meminum wain dan memburu perempuan cantik yang dikenali sebagai nimfa . Mereka juga suka muzik dan menari. Ada satyrz tua yang mabuk, tetapi bijak. Perkataan Rom purba bagi satyr ialah faun . Lihat juga Dionysus; Faun; Pan. | UMUM | |
LATAH | LATAH. Suatu gangguan saraf yang menyebabkan seseorang itu hilang penguasaan terhadap kelakuan sendiri, suka meniru atau mengikut suruhan orang, sama ada kata-kata atau perbuatan dengan tidak disengajakan kerana terganggu, terperanjat atau terkejut. | BUDAYA | Penyakit |