MASA | Masa adalah satu misteri dunia yang paling sukar difahami. Tidak ada sesiapa yang dapat menerangkan apakah masa sebenarnya. | UMUM | |
ORTODONTIK | Ortodontik merupakan satu cabang bidang pergigian yang mencegah dan membetulkan kedudukan gigi yang tidak tersusun. Selain mencacatkan penampilan diri, kedudukan gigi yang tidak tersusun sukar dibersihkan. Oleh itu, gigi lebih mudah rosak dan menyebabkan penyakit gusi [lihat Gigi (Penyakit Periodontal)]. Ia juga menyebabkan masalah kunyahan dan pertuturan. | UMUM | |
TENDON ACHILLES | Tendon Achilles ialah tendon di belakang pergelangan kaki. Ia melekatkan otot betis pada tulang tumit. Jika terluka, seseorang tidak dapat berlari, dan sukar berjalan, dan tidak dapat berjengket. Namanya berasal daripada legenda Yunani tentang Achilles. Lihat juga Achilles; Tendon. | UMUM | |
PINTER, HAROLD | Pinter, Harold (1930– ) ialah penulis drama Inggeris. Dramanya menekankan situasi ketegangan yang tidak terucap dan kadangkala sukar diterangkan antara watak-watak yang terlibat. | UMUM | |
SKURVI | Skurvi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan asid askorbik (vitamin C) dalam diet. Jika seseorang tidak mendapat cukup vitamin C, sebarang luka yang dialaminya sukar sembuh dan mudah mengalami lebam. Dinding kapilari (saluran darah yang kecil) pesakit menjadi sangat lemah dan sekiranya terjadi sedikit tekanan sahaja boleh menyebab saluran darah tersebut pecah. Mulut dan gusi pesakit menjadi sakit. Gusi berdarah dan gigi menjadi longgar. Pesakit kehilangan selera makan, sendi mereka menjadi sakit, dan gelisah. Anemia juga boleh berlaku. | UMUM | |
SENI POP | Seni pop ialah gerakan seni yang berasal di England pada tahun 1950-an tetapi menjadi terkenal di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an. Banyak artis seni pop menggunakan ilustrasi komersial “bukan artistik”, biasa dan sehari-harian sebagai asas karya mereka. Kebanyakan karya yang dihasilkan oleh artis ini bersifat satira atau tidak serius dari segi isinya. Walau bagaimanapun, penggunaan bentuk dan tema daripada budaya rakyat oleh artis ini bertujuan untuk menurunkan nilai yang dianggap sebagai aspek-aspek yang terlalu sukar atau peribadi dalam bentuk seni halus tradisional. | UMUM | |
MESIN | Mesin ialah alat yang melakukan kerja. Industri menggunakan penekan gerudi besar, pelarik dan penekan untuk membuat keluaran yang kita gunakan. Perniagaan bergantung pada mesin taip, komputer dan lain-lain mesin pejabat. Kereta, bas dan kapal terbang mengangkut manusia dengan pantas dalam jarak jauh. Trak, kereta api dan kapal adalah mesin yang digunakan untuk mengangkut barang ke pasaran dan dari pasaran. Tanpa mesin, penduduk di bandar raya mendapati lebih sukar untuk hidup, dan peladang tidak dapat menghasilkan cukup makanan untuk kita. Hampir setiap aktiviti dalam kehidupan harian kita bergantung pada mesin. | UMUM | |
ABU ZAYD AL-ANSARIY | Abu Zayd al-Ansariy ( ?–251 H./ ? –830 M.), pakar ilmu nahu dan pengarang buku-buku sastera dan bahasa. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Aws ibn Thabit al-Ansariy. Dia ialah imam yang terkenal. Dia mampu menguasai ilmu bahasa dan ilmu-ilmu yang sukar dikuasai oleh orang lain. Dia berguru dengan Abu ‘Amru ibn al-‘Ala’, Ru’yah ibn al-‘Ajaj, ‘Amru ibn ‘Abid, Abu Hatim al-Sajistaniy, Abu ‘Ubayd al-Qasim ibn Salam, ‘Umar ibn Shu‘bbah dan sekumpulan tokoh lain. Abu al-‘Abbas pernah berkata, “Abu Zayd seorang yang berkebolehan dalam ilmu nahu tetapi masih tidak mampu menyaingi al-Khalil dan Sibawayh. Sekalipun Yunus menyamainya dalam penguasaan ilmu bahasa, namun Yunus lebih mengatasinya dalam ilmu nahu. Abu Zayd ialah orang ketiga dalam penguasaan ilmu nahu”. | UMUM | |
SAYAP KEMENANGAN | Sayap Kemenangan (Winged Victory) ialah sebuah patung Yunani purba yang cantik yang ditemui oleh ahli arkeologi Perancis pada tahun 1863. Patung ini telah pecah dan kesemua 118 keping serpihannya yang dijumpai bertaburan di atas sebuah bukit di pulau lereng, Samothraki (Samothrace), Greece. Patung ini menggambarkan Nike, dewi kemenangan Yunani. Tubuhnya diselubungi pakaian bak ditiup angin sambil membawa mesej kemenangan, penawanan, dan kejayaan daripada dewa-dewa. Dia mempunyai sayap yang melambangkan kepantasan dan kurniaannya, yakni boleh terbang. Ritma komposisi patung ini bergelombang, mungkin melambangkan perjalanan yang sukar untuk mencapai kemenangan. Pengukir patung ini tidak diketahui, tetapi sarjana mentarikhkan patung ini diukir sekitar tahun 180 S.M. Patung ini kini ditempatkan di Louvre, Paris. | UMUM | |
KESUSASTERAAN JEPUN | Kesusasteraan Jepun tergolong sebagai salah satu kesusasteraan agung dunia. Ia menggambarkan pelbagai ciri masyarakat Jepun, seperti kepatuhan mereka terhadap adat resam dan juga kepekaan mereka terhadap alam sekitar. Orang Jepun mungkin telah menghasilkan bahan sastera bertulis yang pertama pada tahun 500-an M. Tetapi Jepun telah begitu lama mengasingkan diri daripada dunia luar. Tambahan pula, bahasa tulisan mereka amat sukar untuk dikuasai. Oleh yang demikian, sastera Jepun hampir tidak diketahui oleh dunia luar sehingga tahun 1900-an. | UMUM | |