SMOLLETT, TOBIAS GEORGE | Smollett, Tobias George (1721–1771) ialah salah seorang penulis novel awal Inggeris yang hebat. Novelnya yang disampaikan secara tidak teratur menceritakan kisah lucu dan kadangkala lucah yang berlaku dalam kehidupan watak utama. Novelnya dibaca kerana watak ganjil, satira sosial yang getir, dan semangat lucunya yang meluas. | UMUM | |
SEMBELIT | Sembelit ialah keadaan apabila usus tidak membuang bahan sisa semudah biasa. Orang yang sembelit tidak dapat membuang air besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin berasa pening kepala dan sakit tulang belakang. Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila seseorang sering mengambil julap atau tidak mengambil jenis makanan tertentu secukupnya, terutama makanan yang mengandungi serat. Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil. | UMUM | |
MIRABEAU, COMTE DE | Mirabeau, Comte de (1749–1791) ialah negarawan, pemidato, dan pemimpin revolusi Perancis. Dia digelar “the tribune of the people”. Mirabeau selalu berhutang dan hidupnya tidak teratur. Namun begitu, dia menjadi salah seorang pemimpin di Perancis kerana kepandaiannya berpidato. Dia menjadi musuh utama kepada golongan istana. | UMUM | |
PILIH ATUR DAN GABUNGAN | Pilih atur dan gabungan ialah nama yang digunakan oleh ahli matematik untuk merujuk kepada kumpulan objek atau simbol tertentu. Pilih atur ialah susunan teratur satu set objek. Contohnya, ABC, ACB dan BAC adalah tiga pilih atur set simbol A, B dan C. Gabungan ialah kumpulan yang mencakupi objek yang sama tidak kira aturannya . Set ABC, ACB, dan BAC kesemuanya adalah merupakan contoh-contoh gabungan yang sama. Set-set seperti ABC, ABD, dan ACD adalah contoh gabungan yang berbeza. | UMUM | |
SARDOU, VICTORIEN | Sardou, Victorien (1831–1908) ialah salah seorang daripada penulis drama Perancis yang berjaya pada zamannya. Dia juga berbakat menulis komedi ringan ( A Scrap of Paper, 1860), melodrama ( La Tosca, 1887) dan drama sejarah ( Madame Sans–Gêne, 1893). Karya Sardou adalah contoh drama yang baik yang dibina dengan berhati-hati berdasarkan formula yang menjadikan plotnya jelas dan teratur tetapi tidak mengandungi makna yang mendalam. Kebanyakan karya Sardou ditulis untuk pelakon wanita Perancis Sarah Bernhardt. Dia lahir di Paris. | UMUM | |