Tesla, Nikola (1856–1943), jurutera elektrik yang umumnya terkenal sebagai pencipta motor aruhan. Semasa masih belajar, dia telah mereka sebuah motor tanpa penukar tertib. Tesla mencipta sebuah motor bergegelung tersusun yang apabila gegelung-gegelung itu tidak sejalan, arus ulang-alik membekalkan tenaga dari medan magnet yang dihasilkannya berputar pada kelajuan seperti yang ditentukan terlebih dahulu. Lihat Motor elektrik. Tesla mempatenkan motor medan berputar ini pada tahun 1888. Dia memperkenalkannya ketika motor yang seperti itu dicari untuk alat sokongan kepada arus ulang-alik. Dia menjualnya kepada syarikat George Westinghouse yang memajukannya menjadi motor komersial. Tesla turut memajukan medan voltan tinggi dan radas frekuensi. Dia mencipta gegelung Tesla, suatu sistem pencahayaan arca, penjana arus frekuensi tinggi dan sebuah sistem penghantaran wayarles. |