Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.fus] | تيفوس

Definisi : (Ubat) demam yg berbahaya disebabkan oleh virus Rickettsia (yg akan menyebabkan penghidapnya meracau dan sakit kepala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.fus] | تيفوس

Definisi : , = demam ~ ist penyakit yg disebabkan oleh kuman “Rickettsia” dan penghidapnya mengalami pening kepala, suhu badan yg tinggi dan ditumbuhi ruam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tifus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIFUS

Tifus ialah mana-mana satu daripada kumpulan

penyakit yang penting yang disebabkan oleh

riketsia . Riketsia ialah organisma halus yang

kelihatan seperti bakteria tetapi berkelakuan

seperti virus (lihat Riketsia ). Pada badan manusia,

organisma ini memusnahkan lapisan dan dinding

pembuluh darah, menyebabkan pendarahan dan

ruam kulit. Sesetengah jenis kuman ini menjangkiti

haiwan dan juga manusia. Ahli sains sering

menamakan haiwan yang dijangkiti “reservoir”

penyakit ini. Penyakit tifus boleh dijangkiti daripada

manusia kepada manusia atau daripada haiwan

kepada manusia melalui, kutu, pinjal, sengkenit,

atau hama. Terdapat beberapa jenis tifus, termasuk

tifus epidemik, murin dan skrub dan pelbagai

demam bawaan sengkenit .

UMUM 
PINJAL

Pinjal ialah serangga kecil, tidak bersayap yang

hidup pada mamalia dan burung, dan menghisap

darah sebagai makanan. Pinjal adalah perosak yang

berbahaya kerana ia boleh membawa kuman yang

menyebabkan wabak dan tifus. Ia mendapat kuman

penyakit apabila menggigit tikus dan lain-lain

rodensia yang dijangkiti. Pinjal boleh merebakkan

penyakit semasa ia menggigit haiwan lain. Lihat

Tifus; Wabak bubonik.

UMUM 
RACUN PEROSAK

Racun perosak ialah bahan kimia yang

digunakan untuk mengawal atau menghapuskan

perosak. Barangkali serangga adalah perosak

utama. Banyak jenis serangga menjangkitkan

penyakit yang teruk seperti malaria dan tifus.

Sesetengah serangga memusnahkan atau

menyebabkan kerosakan teruk kepada tanaman

yang bernilai seperti jagung dan kapas. Lain-lain

perosak biasa termasuk bakteria, kulat, tikus, dan

rumpai. Perosak boleh dengan teruk

mengurangkan pengeluaran tanaman dan

ternakan. Pembuat menggunakan pelbagai bahan

kimia untuk membuat racun perosak.

UMUM 
TETRASIKLIN

Tetrasiklin ialah satu daripada famili antibiotik

yang digunakan untuk merawat jangkitan.

Tetrasiklin menjejaskan banyak jenis bakteria dan

mikroorganisma lain termasuk riketsia (lihat

Riketsia ). Doktor menggunakan tetrasiklin untuk

merawat penyakit seperti tifus, trakoma, dan

penyakit saluran jantina. Mereka juga menggunakan

tetrasiklin dalam rawatan penyakit akne.

Tetrasiklin yang pertama didapati pada tahun

1948. Semenjak itu, tetrasiklin digunakan dengan

meluas – malah kerap kali tidak sesuai – digunakan

bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Penggunaannya yang meluas ini menyebabkan

banyak mikroorganisma dapat menentang kesan

daripada antibiotik ini. Oleh sebab itu, tetrasiklin

tidak lagi berkesan melawan penyakit akibat

mikroorganisma ini.

UMUM 
KLORAMFENIKOL

Kloramfenikol ialah sejenis antibiotik yang

pada suatu masa dahulu digunakan untuk

merawat banyak jenis penyakit berjangkit. Ia

terbukti sebagai penyelamat bagi jangkitan yang

serius seperti meningitis, demam kepialu,

demam paratifoid, dan tifus.

UMUM 
MÜLLER, PAUL HERMANN

Müller, Paul Hermann (1899–1965) ialah ahli

kimia Switzerland, yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1948 untuk fisiologi atau perubatan kerana

menemui sifat-sifat membunuh serangga pada

DDT (dikloro-difenil-trikloroetana). Nama akhirnya

dieja Mueller. DDT pertama kali dihasilkan di

Austria pada tahun 1873, tetapi Müller menemui

nilai DDT sebagai pembunuh serangga pada tahun

1939. DDT digunakan dengan meluas semasa

Perang Dunia II (1939–1945) untuk membunuh kutu

badan yang membawa penyakit tifus. Müller lahir

di Olten, Switzerland. Lihat juga DDT.

UMUM 

Kembali ke atas