PUNCA KUASA TIGA | Punca kuasa tiga ialah salah satu daripada tiga faktor yang sama bagi sesuatu nombor (lihat Faktor ). Nombor yang sama (m) diambil sebagai faktor tiga kali akan menjadi punca kuasa tiga nombor yang lain (n). Oleh itu, <i> m i> X <i> m i> X <i> m i> = <i> n. i> Contohnya punca kuasa tiga bagi 2 ialah 8, kerana 2 X 2 X 2 = 8 dan punca kuasa tiga bagi –5 ialah –125, kerana –5 X –5 X –5 = –125. Nombor nyata hanya mempunyai satu punca kuasa tiga nyata, iaitu nombor positif atau nombor negatif, bergantung pada sama ada nombor yang diberikan itu positif atau negatif. Simbol lain diletakkan di depan sesuatu nombor untuk menandakan bahawa puncanya hendaklah <i> dicari i> , atau ditentukan. Simbol ini dituliskan √, dan dikenali sebagai <i> tanda punca i> atau <i> tanda radikal i> . Jika punca yang hendak dicari itu ialah punca kuasa tiga, maka angka kecil 3 hendaklah diletakkan di atas tanda punca tadi. Jadi 3 √8 menandakan bahawa punca kuasa tiga bagi 8 hendaklah ditentukan. | UMUM | |
SEGI TIGA | Segi tiga dalam geometri satah ialah rajah tertutup yang mempunyai tiga sisi. Sisinya bertemu pada tiga titik yang dinamakan <i> bucu i> , dan setiap bucu membentuk <i> sudut i> dengan dua daripada sisinya. Jumlah tiga sudut segi tiga ialah 180º. Segi tiga ialah sejenis poligon (lihat Poligon ). | UMUM | |
TIGA WARNA | Tiga warna ialah bendera kebangsaan Perancis. Ia mempunyai warna merah, putih dan biru dengan jalur menegak. Ketiga-tiga warna itu digunakan sebagai lambang Perancis pada 17 Julai 1789 semasa Revolusi Perancis. Raja Louis XVI tiba ke Perancis selepas kejatuhan Bastille. Dia meletakkan simpulan reben tiga warna di topinya sebagai melambangkan sifat patriotiknya. Merah dan biru ialah warna rasmi Paris dan putih adalah warna keluarga diraja. Selepas keluarga diraja berkuasa semula pada tahun 1814, ia menolak tiga warna. Tetapi tiga warna sekali lagi menjadi bendera kebangsaan Perancis pada tahun 1830. | UMUM | |
SEGI TIGA BERMUDA | Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan, ialah kawasan laut di pantai tenggara Florida, Amerika Syarikat. Banyak kapal dan kapal terbang yang hilang di sini. Setiap hari kapal perdagangan dan tentera melalui kawasan ini dengan selamat. Namun sejak tahun 1854, lebih daripada 50 buah kapal dan kapal terbang telah hilang di dalam atau di sekitar kawasan ini. | UMUM | |
AKRILONITRIL BUTADIENA STIRENA | Polimer termoplastik yang dihasilkan melalui gabungan tiga monomer yang berlainan jenis, iaitu akrilonitril, butadiena, dan stirena. Termoplastik yang berstruktur amorfus ini lebih dikenali sebagai ABS, berdasarkan huruf di hadapan ketiga-tiga monomer. Kehadiran ketiga-tiga monomer menjadikan ABS mempunyai gabungan dua sifat, iaitu sifat getah dan sifat kaca. Sifat kaca dihasilkan oleh kopolimer stirena-akrilonitril atau polistirena dengan fasa getah,.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
PERANG TIGA PULUH TAHUN | Perang Tiga Puluh Tahun (1618–1648) ialah satu siri perang agama dan politik yang akhirnya melibatkan kebanyakan negara Eropah. Konflik bermula sebagai perang saudara antara Roman Katolik dengan Protestan di Empayar Rom Holy dan wilayah-wilayah lain di bawah pentadbiran Habsburg, keluarga diraja Austria. Tetapi akhirnya, peperangan ini menjadi perjuangan umum terhadap kuasa politik dan wilayah. | UMUM | |
TIGA CATATAN PERJALANAN | TIGA CATATAN PERJALANAN, kumpulan puisi karya Baha Zain. Kumpulan puisi ini diterbitka oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Tiga Catatan Perjalanan I>mengandungi 75 buah puisi yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sembilan puisi dalam Catatan I, 51 buah puisi dalam Catatan II dan 15 buah puisi dalam Catatan III. Kumpulan puisi ini diberi kata pengantar oleh Muhammad haji Salleh. Kumpulan puisi ini dijadikan teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) antara tahun 1992 hingga tahun 1997. | SASTERA | Penerbitan |
NORNS | Norns ialah tiga Nasib dalam mitologi Scandinavia . Mereka merupakan tiga orang adik- beradik perempuan: Urd (masa lampau), Verdandi (masa kini), dan Skuld (Masa Depan). Urd seorang yang tua dan memandang kepada masa lampau. Verdandi memandang tegak ke hadapan, iaitu kepada masa kini. Manakala Skuld mewakili masa hadapan, dan memandang ke arah bertentangan dengan Urd. Mengikut mitologi ini, nasib manusia dan dewa ditentukan oleh Norns. Orang Scandinavia awal mempercayai bahawa terdapat banyak lagi Norns yang lebih kecil, iaitu satu untuk setiap orang. | UMUM | |
GERAKAN MENENTANG BINTANG TIGA | GERAKAN MENENTANG BINTANG TIGA, gerakan menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan sekutunya Bintang Tiga. Apabila tentera Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, tentera British belum tiba di Tanah Melayu. PKM menerusi pasukan Bintang Tiga, mengambil alih pentadbiran daripada tentera Jepun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
S O S | S O S ialah isyarat meminta pertolongan yang diterima dari kapal yang berada dalam kecemasan. Huruf ini tidak membawa makna tertentu dan dipilih hanya kerana huruf ini merupakan huruf paling mudah dihantar melalui wayarles. Ia terdiri daripada tiga titik, tiga sempang, dan tiga titik. | UMUM | |