ASSYRIA | Assyria, negara purba yang terletak di hulu sungai Tigris di Mesopotamia. Bahagian utaranya meliputi kawasan negara Iraq kini. Dalam banyak perkara tamadun Assyria menyerupai tamadun Babylonia lama yang terletak di selatannya. Lihat Iraq. | UMUM | |
NINEVEH | Nineveh ialah ibu negeri terakhir Empayar Purba Assyria, yang terletak di tebing timur Sungai Tigris, kira-kira 370 kilometer di utara Baghdad. Kawasan ini telah diduduki seawal 5000 S.M. Pada tahun 612 S.M., orang Babylon dan Medes telah menawan dan memusnahkan bandar ini. Pada tahun 1800-an, ahli arkeologi telah menggali semula kawasan ini dan menemui perpustakaan besar yang diasaskan oleh Raja Ashurbanipal. Perpustakaan yang menakjubkan ini mengandungi dokumen perniagaan, surat dan contoh kesusasteraan Babylon dan Sumeria. | UMUM | |
DAJLAH | Dajlah ialah salah sebuah sungai yang penting yang terletak di bahagian barat daya benua Asia. Ia dikenali juga sebagai Sungai Tigris. Panjangnya mencapai kira-kira 1900 kilometer. Sungai ini membentuk sebahagian daripada sejarah lembah Sungai Dajlah dan Furat (Euphrates). | UMUM | |
SUNGAI EUPHRATES | Sungai Euphrates ialah sungai terpanjang di barat daya Asia. Ia sepanjang kira-kira 2736 kilometer dan membentuk sebahagian sistem Sungai Euphrates–Tigris yang bersejarah. | UMUM | |
MOSUL | Mosul, juga dinamakan Al Mawsil (pend. 293 100) ialah bandar ketiga terbesar dan pusat perdagangan yang penting di Iraq selepas Baghdad dan al Basrah. Mosul terletak di tebing barat Sungai Tigris di utara Iraq (lihat Iraq [peta]). | UMUM | |
GERUS | GERUS, proses melicinkan dan mengilatkan permukaan kain menggunakan sejenis siput bintang (cypraea tigris) yang besar, berbentuk bujur bulat dan mempunyai tapak yang rata. Permukaan kulit siput itu berwarna putih kekuningan dan berbintik-bintik coklat di atasnya. Hingga ke hari ini masih ada orang Melayu yang menggunakannya sebagai satu alat penting untuk menggerus. Mereka yang mahir akan menggunakan sebiji siput sahaja untuk melicinkan dan mengilatkan sehingga 30 helai kain sarung. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
MESOPOTAMIA | Mesopotamia ialah kawasan purba apabila tamadun pertama dunia yang pertama berkembang. Mesopotamia merangkumi kawasan yang kini dikenali sebagai timur Syria, tenggara Turki dan sebahagian besar negara Iraq. Kawasan ini merentang dari Pergunungan Taurus di sebelah utara, sehingga ke Teluk Parsi di sebelah selatan, serta dari Pergunungan Zagros di sebelah timur ke Gurun Syria di sebelah barat. Walau bagaimanapun, pusat kawasan ini ialah kawasan di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Nama Mesopotamia berasal daripada perkataan Yunani yang bererti antara sungai . | UMUM | |