Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ka.man] | تيکمن

Definisi : = wang ~ 1. (wang) pertaruhan dlm perjudian (loteri dll); 2. wang pasangan (dlm permainan meneka sesuatu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ka.man] | تيکمن

Definisi : hasil menikam (dgn pisau dll), tikam, tusukan: dgn pantas panglima Hitam melompat mengelakkan ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ka.man] | تيکمن

Definisi : wang dll yg dipasang dlm permainan judi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ka.man] | تيکمن

Definisi : hasil menikam; tusukan: Dgn pantas, dia melompat mengelakkan ~ musuhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tikam
Kata Terbitan : bertikam-tikaman, menikam, menikamkan, tertikam, tikaman, pertikaman, penikam,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIKAMAN BAHASA

TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia “mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta”. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas